Assalamualaikum w.b.t. and greetings to all..
Praise to Allah for grant me another chance being in the month with full of bless and mercy. Ahlan ya Ramadhan. I just want to share something related with fasting. Amalan berpuasa merupakan antara satu kewajipan yang harus dilakukan bagi seorrang muslim dan juga terkandung didalam rukun islam yang 5 itu. Disebalik menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa, hikmah menahan lapar bagi saya cukup indah sesuai dengan the beauty of Islam itu sendiri.
I'm not the right person to explain about this. But with a little knowledge that I got from an expertise in medical science, I felt so excited to share about this. Human body will secrete gastric acid when we are hunger. Especially during hunger, the gastric acid is secretion involve three parts of body; brain, stomach and intestine (jika saya salah fakta, mohon perbetulkan ye). But then, kalau kita mahu menjalani ibadah puasa, dan memasang niat pada sebelah malamnya, InsyaAllah badan kita akan mendapat 'kuasa' luar biasa untuk menghadapi tempoh seharian berpuasa. How great Allah create our body system. The power of niat was actually stimulate brain to 'command' stomach not to secrete the acid, more or less like inhibitory effect la. I got chance to experience the situation. Mula-mula, konon nak berpuasa dan hanya pasang niat pada malam hari tanpa bersahur. Another situation, memang tak planning langsung untuk berpuasa dan ambil makanan yang sangat sedikit during breakfast. Untuk situasi pertama, rasa lapar langsung tidak mempengaruhi aktiviti seharian. Tapi situasi kedua, memang tak sampai pukul 9 pagi, perut dah macam semacam dan memberontak minta diisi. Seolah-olah macam gastric acid dah mula menghakis dinding perut dengan hebatnya (terhiperbola pula). Subhanallah.. hebat kan kuasa niat. Inna a'malu bin niyat. Kalau niat baik dan niat pula kerana Allah, pasti dipermudahkan. However, niat tidak menghalalkan cara. Aside from that, ketone smell release by mouth still occur due to the usage of fat to produce energy instead of respiration from carbohydrate to make 'fuel' for body.
p/s: stop sampai sini dulu la untuk hikmah berpuasa tak kiralah yang sunat ataupun wajib. Selamat menjalani ibadah puasa dan "berpesta gila-gila" dengan ibadah sepanjang bulan ini seolah-olah ini la peluang terakhir kita untuk berada di bulan yang penuh kemuliaan ini.
Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts
Saturday, July 21, 2012
Sunday, July 15, 2012
Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul
Asslamualaikum w.b.t. and greetings to all..
Banyak kebiasaan yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari yang
menjadi kebiasaan tetapi sebenarnya hal tersebut salah dari segi hukum. Susah dan
tak tahu nak cari di mana silapnya. Rasanya it's about the awareness to do and
choose the right thing. Sekali lagi berlaku dihadapan mata saya. Ada seorang kakak, memakai sarung lengan. Rakan sebelahnya sedang berbual tentang bulu pada
lengannya. Rakannya kemudian meminta supaya dia menunjukkan lengannya. Kakak
tersebut enggan berbuat demikian dan berkata bahawa itu aurat. Saya memang
tidak menyangka yang rakan kakak itu akan menjawab, "Eleh, nak cover konon.
Tak payah lah nak tunjuk alim."
Jawapan yang cukup berani. Pakai sarung lengan bukannya nak tunjuk
alim. Dah memang kewajipan sabagai seorang muslimah untuk menutup seluruh badan
kecuali sesetengah bahagian yang dibenarkan untuk didedahkan. Kakak tersebut
pun berkali-kali mengatakan yang itu aurat tetapi malangnya tiada sekelumit
rasa bersalah pun terbit diwajah rakannya atas apa yang telah diperkatakannya
sebelum itu. Susahnya nak bagi kesedaran untuk orang yang tidak mahu
melembutkan hatinya untuk mengikut jalan Islam yang sebenar. Kalau nak tunggu
Allah berikan hidayah, tetapi diri sendiri tak mahu berusaha untuk mencarinya,
sampai bila-bila pun tak ke mana. Allah telah berfirman; '...Allah tidak akan
mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum tersebut sendiri mengubah
nasibnya... ' (Ar-Ra'd, 11) .
Saya tahu, saya bukanlah orang yang selayaknya untuk memberi
nasihat tentang agama. Saya hanyalah seorang insan kerdil, watak picisan dalam
kehidupan yang fana di dunia ini. Tapi, saya berusaha untuk mengamalkan semua
yang tertulis di al-Quran dan segala yang keluar dari lidah Rasulullah s.a.w.
Setiap kali sebelum melangkah keluar rumah, saya akan tengok cermin besar di
tepi pintu. Tengok diri sendiri dari hujung kepala ke hujung kaki, samada saya
dah cukup menutup aurat atau pun tidak. Sebab, saya akan berjalan di muka bumi
Allah. Terasa malu untuk berjalan dalam keadaan yang tidak sempurna yang
seolah-olah berpakaian tetapi bogel. Namun, itulah hakikat trend pakaian
muslimah sekarang. Nauzubillah.. malu dan kesian tengok golongan muslimah
sekarang yang terlalu terikut-ikut fesyen moden terkini. Saya bersetuju dengan
pendapat seorang ustazah, beliau mengatakan, wanita zaman ini yang berpakaian
tetapi bogel sebenarnya bukan wanita moden, tetapi sebenarnya wanita jahiliah.
Kerana bukan mereka tidak tahu, tetapi sengaja tidak mahu mengambil tahu
perkara yang benar. Sedihnya hati. So sad they took for granted things
regarding on aurat especially aurat pada lengan. Saya berharap dan memohon agar saya dapat menjadi asbab ramai lagi muslimah akan menutup aurat dengan sempurna dengan setiap apa yang saya amalkan sehingga ke saat ini. Semoga Allah mencampakkan
hidayah dan taufikNya kepada seluruh hambaNya.
p/s: baru perasan banyak juga post saya yang berkisar tentang
aurat..marilah bersama-sama audit diri sebelum kita diaudit oleh auditor Yang Maha Agung.sekadar untuk muhasabah diri..wassalam..
Tuesday, May 29, 2012
Belajar melalui pengalaman
Sekadar perkongsian melalui pengalaman yang saya sendiri alami. Menamatkan degree memang tersangatlah seronok. Tapi realiti kehidupan yang sebenar bukanlah seindah seperti yang diingini. Mungkin juga bergantung kepada qada' dan qadar yang Allah sudah tentukan untuk hambaNya. Memang sengit persaingan untuk mendapat tempat di arena kerjaya. Pernah saya ditawarkan sesuatu jawatan yang boleh tahan lumayan gajinya. Dan saya sendiri telah menjalani 'training' di syarikat berkenaan selama seminggu. Mungkin Allah nak tunjukkan kepada saya dan selamatkan saya dari terus-terusan hanyut dibuai kenikmatan duniawi yang fana ini, segala baik-buruk berada di syarikat berkenaan terserlah dihadapan mata.
Paling saya ingat pabila saya dipaksa membuka aurat (bukan buka tudung, tapi kena lipat baju sehingga ke siku) jika tidak saya akan dipaksa keluar. Hal tersebut merupakan peraturan syarikat berkenaan yang saya memang tidak pernah tahu tentangnya. Syukur hari tersebut merupakan hari terakhir training saya dan pengurus tersebut tiada pada akhir waktu saya disana. Walaupun terpaksa melepaskan kerjaya yang bergaji lumayan, saya sedikit pun tidak menyesal kerana saya menginginkan keberkatan pada rezeki saya. Syukur alhamdulillah, bukti Allah itu Maha Kaya, Maha Pemberi Rezeki, sejurus selepas saya habis training, saya mendapat kerja baharu di sebuah syarikat lain. Walaupun gajinya tidaklah selumayan majikan saya sebelumnya, cukuplah saya boleh menjaga aurat saya dengan sempurna disamping waktu solat saya pun terjaga.
Saya memang tidak pernah menyangka yang situasi seperti itu akan terjadi kepada saya. Rasa macan drama swasta kat tv. Tapi, hakikatnya saya sendiri berpeluang merasainya.
p/s: biar sedikit asalkan berkat, apa yang ada seharusnya disyukuri..

Labels:
life
Friday, November 11, 2011
As sweet as gule2..
Tarikh hari ini memang cantik. Rata-rata ramai yang mengabdikan tarikh ini sebagai tarikh perkahwinan. Macam last year juga la. Something happened to me today. Unexpected actually. Meeting a guy, quite friendly. ha..ha..ha..First time jumpa a guy yang memang tak tahu sape ntah, even his name pun tak tahu, boleh get along together like an old friend. Dah la saya ni bukan seorang yang mudah mesra alam, mesra rakyat. Boleh pula kan dalam hati ni whispering that he might be my future Mr. Right. No comment. Jodoh ditangan Allah. Sekali je ketemu. Ngak tahu macam mana agamanya, akhlaknya, bertanggungjabkah dia. Rupa, kekacakan, fizikal adalah subjektif. Yang penting sedap dihati, kurang sedap dimata tidak mengapa (nasihat yang saya pernah bagi dekat seorang sahabat dan mendapat 'pujian' yang saya ini seorang yang jiwang). Itu boleh la dikira sweet moment yang berlaku pada saya di hari bertarikh cun.
My relationship with my mother also getting more positive and better. Taknak la comment lebih-lebih. Allah knows best.
Tapi, yang tak sedap didengar, tarikh cun tahun ini berlaku juga satu tragedi. Kemalangan jalan raya yang melibatkan bas, sama dengan 10.10.10 tahun lalu. Al-Fatihah buat yang terkorban. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solehin. Tahun depan, 12.12.12 tak tahu ape yang bakal terjadi, wallahua'lam. Berlaku juga pada hari Jumaat dan merupakan tahun lompat. Cakap pasal tahun lompat, 29.02, tarikh yang ditunggu-tunggu bagi sesape yang dilahirkan pada hari tersebut.
p/s: tulis pasal tarikh je, tarikh birthday saya tahun ni pun cun jugak 011011 hehehe..
Labels:
life
Sunday, November 6, 2011
Kali pertama
Kali pertama aku..lalala (macam lagu meet uncle husin plak). Nak cerita sikit ni. Sebelum tu, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan salam eiduladha dan hari raya korban. Semoga segala pengorbanan yang telah dicurahkan untuk sesiapa sahaja jangan kita kisahkan ganjarannya, sandarkanlah dan dambakanlah hanya pada Allah.
Berbalik kepada cerita yang saya nak sampaikan, malam raya kelmarin merupakan pertama kali saya balik beraya ke rumah nenek dan atuk sebelah mak yang mana saya kena drive sendiri sebab mak tak confident nak drive malam. Abah pulak naik kereta lain, nak balik rumah pagi-pagi raya untuk menyaksikan lembu sendiri yang nak ditumbangkan. Terpaksalah drive kereta dalam keadaan hujan dan jam. Almaklumlah, jam dan raya memang tak boleh dipisahkan.
Dalam hati berdoa janganlah kaki cramp sebab sebelum ini pernah kaki cramp drive dalam jam. Sebab naik kereta manual. hahahaha.. alkisah.. Syukurlah selamat sampai. Yang paling tak blehbla, sepanjang perjalanan tak pakai seat belt. Ade sekali tu dahlah sempat potong kereta pak polisi. Mujur aje tak kene tahan..
p/s: sila patuhi semua peraturan jalan raya. ingat orang tersayang. pandu dengan berhemah. anda mampu mengubahnya.
Labels:
life
Sunday, October 23, 2011
Wednesday, October 5, 2011
Janji ALLAH untuk mereka yang ingin berkahwin...
Adapted from a friend of mine..(harap maklum)
Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya. Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah, Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orang apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
.
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?~

Saturday, October 1, 2011
Yang ke 23
Alhamdulillah.. Allah izinkan saya bernafas sehingga ke saat ini. Kalau dihitung dicongak, umur bertambah, bertambah dekatlah dengan kematian. Tidak mengapa, mengingati mati merupakan perkara yang dituntut. Rasulullah s.a.w juga bersabda orang yang bijak adalah orang yang banyak mengingati mati dan bersiap-sedia menghadapinya dengan bekalan secukupnya. Menurut mak, masa dia umur baya ni, dia dah kahwin dengan abah, Saya? Wallahua'lam..
Rasanya kalau tak silap kali ini kali ke dua menyambutnya di rumah, dengan takdir Allah tarikh tersebut jatuh pada masa saya di rumah bersama famili. Almaklumlah, selama ini duduk di hostel (dari sekolah menengah, matrik dan u).
Sengaja hari ni sediakan minum petang buat famili. Mencuba resepi baru, churros. Kalau tak silap makanan yang berasal dari spain. Entahlah. Cuba je (nanti bila-bila saya share resipi tu). Dulu pernah makan, fufu (bff) belanja. Beli dekat Lava, OU. Pertama kali cuba buat sendiri, hurm..not bad. Respon dari famili dan cousins yang datang, positif. Sampai tak cukup. Kesian pulak dekat budak-budak tu. Malam pula abah belanja dinner dekat Zacktwoten Corner dekat Assam Jawa. Ok la, makanan dan ambiance dia boleh tahan. Masa tengah type post ini pun masa tinggal beberapa minit sebelum berakhirnya 011011. Cantikkan nombor tu..hehehe.
Harapan, satu je, semoga hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini. Walau apa pun, rahmat, redha, dan syafaat dari Allah dan Rasulullah s.a.w tetap menjadi dambaan hati. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah.. amin~
Labels:
life
Wednesday, September 21, 2011
Disebalik lafaz
Adapted from a friend of mine, posted via facebook..
“Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dengan mas kahwin sebanyak …”
Bunyinya mudah, singkat & cepat? So, ini makna yang sebenarnya; Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa sahaja dosa yang si dia buat, dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya, aku tanggung & bukan lagi ibubapa si dia & aku tanggung semua dosa bakal anak-anak ku, jika gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka & malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah."
Sekadar renungan. Bagi sang suami, jangan ambil enteng. Tanggungjawab amatlah besar. Sang isteri pula jangan ambil mudah, patuh dan taatlah pada suami yang sentiasa menjadikan tujuan perkahwinan hanya kerana Allah. Kedua-duanya wajib melengkapkan diri dengan ilmu dunia dan akhirat beserta ilmu rumahtangga sebelum melangkah ke gerbang baitul muslim. Sesungguhnya dengan cara sedemikian pasangan Adam dan Hawa itu dapat menyempurnakan sebahagian daripada agamanya.
Monday, September 12, 2011
Impian Kasih
Hehe..terjiwang pula. All of sudden, teringat kat this song. Agak lama juga lagu ni. Ingat lagi dulu, masa lagu ni tengah hit, sangat suka dekat bait-bait lirik dia. Pernahlah juga tanam azam nak jadi seorang wanita just like the women described in this song. Memang terasa satu pujian dan penghormatan yang sangat mendalam dekat seorang yang bergelar wanita. Lagu ini juga macam pembakar semangat untuk jadi muslimat yang baik. Terbaik hanya untuk Allah, Rasulullah, suaminya dan keluarganya. Sepertimana termaktub dalam surah An-nur, 24:26.
" Impure women are for impure men and impure men for impure women, and pure women are for pure men and pure men for pure women. They are free from those scandals which the slanderers utter. There is forgiveness for them and honourable provision."
Menurut tafsiran, ayat tersebut diturunkan apabila Saidatina A'isya menerima fitnah dan ianya membuktikan kesuciannya kerana Rasulullah s.a.w. adalah insan terbaik sepanjang zaman maka pastilah hanya wanita terbaik yang dapat mendampingi baginda.
Labels:
life,
ukhuwwah fillah
Friday, May 6, 2011
Permata hatiku...
Ini bukan recite dari lagu mana-mana. Ni tulus dari lubuk hati paling dalam (lebih dalam dari jurang mariana) seorang anak kepada insan bergelar ibu. Tak kesahlah apa penggilan pun. Yang penting ia membawa makna dan menerangkan seorang yang sangat besar pengorbanannya terhadap anaknya. Parents hanya seorang. Tapi mampu menjaga anak sehingga 12 orang jumlahnya. Tapi, anak 12 orang belum tentu boleh menjaga parents sepertimana jagaan dan belaian yang pernah diperolehi semasa kecil. Kisah yang benar-benar berlaku didepan mata. Ya Allah, aku memohon padaMu biarlah aku dapat menjaga kedua ibubapaku kelak walaupun tanggungjawab itu tergalas dibahu anak lelaki.
Hati sangat terkesan lepas tengok Semanis Kurma semalam. Memang mata sentiasa berkolam sepanjang siaran. Kisah dua wanita bergelar ibu dengan kisah masing-masing. Ibu1, mempunyai 50 orang anak, 7 daripadanya anak kandung dan selebihnya anak angkat yang dipelihara dengan tangannya sendiri tanpa orang gaji. Anak angkatnya ada yang menghidap AIDS, ada yang merupakan anak susuannya juga. Kisah keajaiban yang diceritakan memang bukti Kekuasaan Allah. Meneriam seorang anak angkat berusia beberapa bulan, yang ibu kandungnya merupakan seorang pesakit AIDS. Anak tersebut mempunyai peluang 50-50. Mengetahui yang susu ibu adalah yang terbaik, memohon agar suaminya mengizinkan untuk mengandung supaya dapat diberikan susu ibu kepada bayi angkatnya. Dikatakan gila oleh suaminya sendiri. Namun, Allah mengetahui yang terbaik untuk hambaNya, lalu mengandunglah Ibu1 tersebut dan berkat susu ibu yang ikhlas diberikan, anak angkatnya selamat dan bebas dari virus itu. Subhanallah..
Kisah Ibu2. Melahirkan anak kedua yang sempurna, namun, sepanjang tempoh membesar, anaknya menhidapi penyakit kepala membesar. Tambah dukacita, suami yang diharapkan untuk memberi kekuatan dan sokongan lari meninggalkannya dan berkahwin lain. Kini, terpaksa menjaga ibu yang sudah uzur. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Orang sekeliling pula mencemuh tidak sudah. Bukannya dipinta untuk nasib sebegitu. Tapi, kasih ibu tiada terperi. Anak yang kurang sempurna tetap dijaga rapi, ditatang dengan penuh kasih sayang. Tetap mendoakan agar anaknya dapat bermain dan hidup seperti kanak-kanak yang lain.
Jelas, bukan calang-calang orang dapat menggalas tanggungjawab ini. Seorang wanita yang bergelar ibu sahaja yang mampu (walaupun hakikatnya ada juga segelintir yang bertentangan dengan sifat seorang ibu). Walau apa pun ingatlah. Jadikan diri seperti kopi (individu) terendam didalam air panas (musibah/masalah) yang bukan sahaja sedap, aroma memikat dan digilai penggemarnya berbanding lobak (individu) apabila berada dalam situasi yang sama menjadi lembik atau telur yang hanya sekadar keras.
Renung-renungkan sampai termenung.
Labels:
life
Wednesday, May 4, 2011
the way to the end...#4
Sebenarnya tak sabar nak buat the way to the end finale. Sebelum ni, ingat exam habis cepat boleh la duduk kat rumah awal sikit dari kawan-kawan yang lain. Memang suruh duduk kat universiti penuh makna ni sampai betul-betul habis sem. Tu pun extend sikit coz langkawi trip untuk dairy tech class. Tak pe, yang penting kita enjoy.
Before langkawi trip tu, kena settle dulu thesis. Actually agak sedih coz hantar first draft bukan main awal. But my supervisor was too busy and last minute right before the due date to submit to the department, I shall get back the first draft. Takpe la, mungkin ada hikmah disebalik. Allah suruh sabar sikit. Bukan senang kalau nak dapat sesuatu yang baik dan sempurna. Even kalau nak dapatkan sagu, ruyungnya kena dipecahkan dulu. ecehh, berperibahasa pulak. Sekarang ni pun tak tahu nak buat ape. Duduk melepak kat bilik je, uhuu..
Right after dairy exam, pergi usha kl book fair. First time pergi. Memang la sesak. Even nak solat pun kena queue panjang. Alhamdulillah sempat grab contengan jalanan. Dahla before this sold out, kena reprint. Orang yang duk tunggu kat booth pon bukan main ramai. Rezeki hari itu. Ada hikmah pun dapat beli. Just on the correct time and place. Otak dan akal pun nak kena reformat, kena tune balik yang mana dah tak berapa betul. Sedikit sebanyak credit to the writer, Hlovate for the great story. Nak tahu, baca sendiri..
Monday, April 18, 2011
the way to the end...#3
Alhamdulillah..maha suci Allah. Thankful coz another hurdle was completed today. Viva a.k.a. 'sembang kedai kopi' (bak kata Lim) sudah pun selesai. Meaning that just a final exam left before graduating from this Universiti Penuh Makna (UPM). hahaha. Its mere a mix up feelings. Hard to describe. Half of me feels so happy to end up all miseries along the way to grab this degree, and another half like doesn't want this uni life ended. Sangat-sangat terharu bila terfikir nak berpisah dengan semua coursemates.
About the viva this afternoon, it was really really unbelievable because all the lecturers assessing me were so sempoi and I doesn't felt like I'm in viva. Lecturer yang suka 'menghentam' and 'mengbom' student suddenly became like an angle. Praise to Allah for His blessing and thank you Allah for the kindness of all lecturers. May all the lecturers be blessed.
Labels:
life
Tuesday, April 12, 2011
the way to the end...#2
Memang terasa sangat penat lepas balik dari PD sabtu lepas. The last time me and my coursemates hang out together. Muka semua orang sangat ceria. Memang sangat happening (pernah ke kami semua tak happening..??). Macam biasa, setelah pulang, semua sedih mengenangkan lepas ni semuanya akan membawa haluan masing-masing setelah bergraduat. Walaupun muka semuanya dah macam kena salai, dan dah mula bersalin kulit, semua tu langsung tak mendatangkan penyesalan. Kalau boleh, tak nak berpisah dengan semua kawan-kawan yang sememangnya 'gile-gile' ni. Mana tak nya, hampir dah masak dengan perangai setiap orang. Luar dan dalam. 4 tahun, bukan masa yang pendek. Tapi, lumrah. Setiap pertemuan ada perpisahan. Semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal selamanya. Semoga pertemuan dan perpisahan nanti diberkati Allah, dipanjangkan jodoh sehingga ke syurgaNya. Aminnn~
Corat-coret dari PD (credit to fufu and afrah)

Sunday, March 13, 2011
Adrenaline memuncak..
Terasa bersemangat bila mendengar lagu ini. Walaupun tengah down, kalau dengar lagu ni rasa macam semangat datang mencurah-curah ke ladang gandum. Bukan sahaja untuk membela our brothers and sisters kat Palestine tu, tapi berjuang untuk kemajuan diri sendiri. Keep on tries and efforts hana, never ever ever give up!! Allah will always be with me.. Allah, my all..
Labels:
life
Tuesday, January 25, 2011
Sedekah atas sedekah

Ketika concentration bacaan toxicology hampir merudum, teringat peristiwa ini. Tak tahu betul ke tak terminology tersebut. Tapi, yang penting mesej dapat difahami. Beberapa hari lepas, saya sempat berkunjung ke sebuah kedai kain di Jln. TAR. Tak seperti kebiasaannya, agak lengang. Mungkin sebab diluar musim perayaan.
Dah habis menimbang tara dan membuat pilihan, terus membuat bayaran dikaunter dan terus bergerak menuju ke pintu. Sebelum itu, ternampak duit yang dicicirkan oleh seseorang. Terus memberitahu operator berdekatan. Respon yang diberikan;
"tak pe la dik, amik je..rezeki awak. orang tu pun mesti tak datang balik. kite orang pun tak leh nak wat pape."
Saya menjadi serba salah. Mana taknya, bukan hak kita. Mana boleh ambil sesuka hati. Bagi saya itu bukan dikira rezeki. Kebetulan ada 2 orang pelanggan lain yang turut sama memerhatikan situasi saya. Respon yang sama diberikan.
"rezeki awak tu..amik je"
Saya menjadi serba salah lagi dan speechless. Mujur operator disitu memberi cadangan dan saya memang tidak mahu mengambil duit tersebut.
"tak pun, bagi je mane-mane orang yang mintak sedekah kat tepi-tepi jalan tu.."
Saya rasa itu adalah solusi terbaik untuk waktu itu dan terus keluar dan menuju mana-mana orang yang berkenaan. Rezeki untuk orang yang lebih layak menerimanya. Sedekah dihulurkan atas orang yang mencicirkan wangnya. Saya menjadi perantara bagi menyampaikan hasrat orang yang mencicirkan atau tidak sengaja mencicirkan wang tersebut.
p/s: barangkali itu satu ujian dari Allah untuk menguji kejujuran hambaNya.
Labels:
life
Wednesday, January 19, 2011
Fire drill & kek batik

Perkara yang sememangnya mengundang rasa sakit hati pabila sedang asyik dibuai mimpi, dikejutkan dengan ketukan pintu yang kuat beserta arahan untuk kosongkan blok. Semuanya gara-gara fire drill. Tapi, disebabkan masalah teknikal, loceng yang sepatutnya berbunyi tidak berbunyi. Seolah-olah tidak merestui hal tersebut berlaku.
Syukur dalam keadaan mamai sempat menyambar tudung dan malam tadi ditakdirkan memakai baju tidur yang sopan berbanding malam sebelumnya. Sudah 2 kali saya berhadapan dengan situasi tersebut sejak menjadi penghuni K6. Dan alhamdulillah, saya masih mampu turun dalam keadaan sempurna lengkap berhijab tidak seperti rakan-rakan yang lain. Memang lucu melihat ragam orang pada waktu tersebut.
Tengah menunggu fire warden berbicara, sempat bersembang dengan beberapa rakan rapat. Dah kalau jumpa orang yang sekepala, memang kecoh lah jadinya. Semua pakat lapar bangun tengah-tengah malam. Jadi, ada yang mencadangkan untuk makan kek batik yang saya buat beberapa hari lepas. Syukur. Rezeki mereka dapat manikmati kek batik di kala jam merangkak ke angka 3 pagi. Jadilah 'kek batik pukul 3 pagi'. Memang tak pernah dibuat orang lepas fire drill pekena kek batik beberapa potong.
Kejadian itu menjadi satu rahmat kepada saya kerana sempat qiamullail sebentar sebelum menyambung sisa tidur yang berbaki. Kalu sebelum ini memang liat sangat nak bangun di 1/3 malam terakhir, namun niat yang dipasang sebelum tidur dikabulkan Allah.
p/s: dengan niat yang baik, insyaAllah dimakbulkan. kalau tidak pun, dapat pahala atas niat yang baik itu. ape yang penting...nawaitu lillahi taala...
Sunday, January 16, 2011
Auchh!!
Post kali ini mungkin agak sedikit jiwang (tak kesahlah). Tadi terasa nak dengar lagu ni, teruslah cari kat Utube. Dah lama lagu ini keluar. Tapi, tengok liriknya, terasa cam terkena kat batang hidung. Cuma tukar sedikit kalau lagu itu untuk perempuan, tapi situasi ini tukar kepada lelaki.
Sambil menaip post ini, sambil itu juga saya dengar lagu tersebut (feeling abis). Saya tak pernah bercinta apatah lagi merasai nikmat cinta seperti mana yang dilalui hampir semua sahabat seumur dan sebaya saya. Cuma cinta agung antara saya dan Khaliq sahaja yang pernah saya rasai disamping kepada keluarga.
Tapi, macam lagu tersebut, 'Kau cinta pertamaku, Kau cinta terakhirku..', saya akui pernah ada seseorang yang hadir dalam hidup saya membuatkan saya tertarik padanya. Tak tahu tang mana buat saya tertarik padanya, paras rupa pun sekadar good looking (takde la gorgeous cam Johny Depp). Cuma sedap mata memandang. Kriteria yang saya pegang untuk Mr. Right saya, biar sedap di hati dan sedap di mata. Tapi, sedap di mata tu kalau kurang sedikit pun takpe. Yang penting hati.
Dan sampai hari ini, saya tak boleh nak lupakan dia (biarpun waktu sudah 10 tahun berlalu). Dah la orangnya sangat jauh dimata. Terpisah pula antara jarak dan waktu. Memang macam tak percaya. Sahabat saya pun ada yang jauh macam dia, tapi saya tak dapat rasa dekat. Tapi, dia ni, saya macam rasa dekat sangat. Terlalu banyak benda yang mengingatkan saya kepadanya. Teruk kan. Kan bagus kalau perasaan itu saya tukar kepada ingatan saya kepada Khaliq saya. Tapi alhamdulillah, sedikit-sebanyak ingatan saya kepada Khaliq saya melebihi ingatan saya kepadanya.
Doa dan harapan saya kepada Allah,
andai dia jodoh yang terbaik untukku, agamaku, duniaku dan akhiratku,
Kau dekatkanlah hatinya dangan hatiku,
andai dia bukan untukku,
damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu,
dan bimbinglah aku untuk menjadi yang terbaik untuk jodohku kelak
aminn..
Semoga walau apa pun berlaku, yang termaktub di Lauh Mahfuz adalah yang terbaik Allah telah tentukan untuk hambaNya. Tiada kebetulan di dalam Islam. Segala yang berlaku adalah takdir yang hanya berubah dengan kekuasaan Allah, usaha dan doa.

Thursday, January 13, 2011
The first food we eat
Kelahiran seorang bayi merupakan suatu rahmat, rezeki dan amanah yang harus dipertanggungjawabkan setelah bersabung nyawa pada saat kelahirannya. Wajar kepada setiap ibu untuk memberikan makanan yang terbaik untuk bayinya, iaitu susu ibu.
Subhanallah, maha suci Allah. Syukur padaNya kerana terpilih untuk belajar tentang makanan. Pada semester ini, banyak lagi fakta berkenaan nutrisi pemakanan saya pelajari. Tak sangka, nak jadi food technologist pun kena jadi macam dietitian. Tak kesah la. Belajar kerana Allah, untuk hidup.
Antara fakta yang saya pelajari; colostrum yang terkandung dalam susu ibu mempunyai kandungan antibodi untuk sistem pertahanan bayi. Kandungan colostrum ini tidak dipengaruhi oleh nutrisi yang diambil oleh ibu. Kadarnya tetap sama bagi setiap susu ibu. Ia juga mempunyai kandungan essential fatty acid DHA yang penting untuk perkembangan otak bayi. Sesetengah susu formula mempunyai DHA yang ditambah padanya. Tetapi, kandungannya sama ada terlalu banyak atau sangat kurang kerana susu lembu yang selalu digunakan tidak mempunyai DHA. Jadi, tidak sama dengan susu ibu. Dikhuatiri, sekiranya kandungan DHA terlampau tinngi dan tidak sesuai untuk bayi, kesan hyperactive kepada bayi dalam tempoh tumbesarannya mungkin berlaku. Lagipun, kalau susu formula yang tinggi DHA, harganya memang melambung. Kan tak salah kalau guna susu ibu. Jimat kos dan berkhasiat lagi. Bayi yang baru dilahirkan mempunyai sistem dan organ dalaman yang kurang sempurna. Jadi, bayi dikurniakan anugerah yang sangat berharga dari Allah dengan memiliki enzyme yang dikenali lipase yang terdapat di dalam mulut dan perutnya bagi penghadaman lemak dan supaya boleh diserap oleh badan. Enzyme yang terdapat pada mulut orang dewasa hanya amilase, tetapi tidak pada bayi. The lipase as well resistant towards acids. Breast milk also contains bile salt stimulate which acts as emulsifier for lipid hydrolysis.
Lagi satu, nowadays people keep talking about liposome which is a new finding that had been used in encapsulation of active agent. As the definition purposed by my lecturer, which also the founder of liposome, it is a closed, continuous bilayered structure made mainly of lipid and/or phospholipid molecules. Research of freeze-dried breast milk proved that it contains of liposomes which consist of fat soluble and water soluble ingredients. Actually, the application of liposomes used as delivery vehicle in transporting active agent for pharmaceutical, cosmetic, food industry and many more and widely used in micro and nanotechnology. Tapi, Allah Maha Bijaksana dan Dia cipta sesuatu yang sangat berguna. DijadikanNya manusia sebagai makhluk ciptaan yang sempurna sebagai bukti Kebesaran dan Keagungan. Ada hikmah dan rahmat disebalik semua ciptaanNya. Ilmu engineering yang hanya diketahui selepas abad ke 21.

Wednesday, January 12, 2011
More than words
Learning subject of functional food sometimes caused me hard and difficulties (also burdened me as well). But entering the new semester a.k.a. final semester, this perception reversed with the help of this great and I think extraordinary, knowledgeable, vast experiences lecturer. He is not only teaching me and my coursemates about the subject, but beyond of that. From the first class I joined, I was so excited and really interested with the way he taught us. I was so lucky because he's teaching us 2 subjects for this semester.
He kept always motivated his student and never underestimates the ability of his students. With his broad experiences, I've never feel sleepy during his class and it was such a miracle for me. He always share his experience to us and like my friends called him, "Google and Facebook lecturer".
For today, as we learned about issues and controversies, he also shared a few quotes from famous and influenced person in the world and it not just an ordinary words but it may cause change or even changes to someone who believe in his or herself.
1) in a day, you don't come across any problems, you can be sure that you are travelling a wrong path (Swamy Vivekananda)
2) success defined know more than other, work more than other and expect less than other (Shakespeare)
3) don't compare yourself with anyone in this world. if you do so, you are insulting yourself (Alien Strike)
4) winning doesn't always mean to being first, winning mean you are doing better than you have done before (Bonnie Blair)
5) everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself (Leo Tolstoy)
6) if someone feels that they never made a mistake in their life, then it means they had never tried a new thing in their life (Einstein)
7) never break 4 things in your life; trust, promise, relation and heart, because when they break they don't make any noise but pains a lot (Charles)
8) if you start judging people, you'll having no time to love them (Mother Teresa)
All in all, nothing is impossible to be done as long as He let it to be and with the hardest, greatest and wholeheartedly effort to achieve it plus with do'a and tawakal to Him. He Knows Best..
Labels:
life
Subscribe to:
Posts (Atom)