Subscribe to RSS feeds

Thursday, July 29, 2010

imbuhan

ada satu hari tu, on the way nak keluar lunch, sahabat saya bertanya destinasi untuk mengisi perut kami bertiga. sedang sibuk melontarkan idea, sahabat saya yang seorang ini berkata, "tak kesah lah nak makan mana pun. saya tidak berhala sekarang ini."

terbit kata baharu, walaupun perkataan itu memang dah lama diketahui maksudnya. tapi, "berhala" yang ini membawa maksud yang jauh dari maksud berhala sebelum ini.

perkataan "hala" membawa maksud arah, tujuan.
apabila imbuhan "ber" ditambahkan pada awal perkataan, ia membawa maksud sama dengan mempunyai arah.

tapi, kesahihan tatabahasa ini tidak dapat dipastikan. harus bertanya kepada yang arif. entri ini hanya sekadar humor semata-mata.

Tuesday, July 27, 2010

F.Y.P...

finally, Academic Advisor a.k.a. supervisor did finalized my topic for final year project. characterization of carica papaya seeds oil extracted by supercritical fluid extraction. hamik tu. memang la saya suka dengan bab techno2 ni. ape nak buat. mamang P.A. orang engine, terima lah seadanya. itu pun ade orang nak guide. dibuatnya sorang2, terkontang-kanting takde arah nanti.

now, proceed with the proposal. kinda tired gak nak fikir, nak baca journal berjela-jela, nak digest lagi.. ya Allah, berilah aku kekuatan. tu belum lagi assignments, presentations, quizzes, and yada3..

semoga tabah dan sabar lah menempuhinya. berdoa juga semua coursemates dapat selesaikan final year ini dengan jayanya. harap juga kesihatan ditahap yang memuaskan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang..

Friday, July 23, 2010

dugaan + ujian hidup

kebuntuan merajai hidupku saat ini. saya terasa seperti hilang arah seketika. banyak sungguh perkara yang harus saya hadapi setelah bergelar final year student ni.

1) kena fikirkan tajuk untuk final year projek
sebenarnya sangat iri hati kepada rakan-rakan yang mendapat tajuk dengan senang-senang sahaja dari supervisor mereka. sedangkan saya ni, sudah berulang kali fikir itu dan ini, namun tidak menepati kehendak.

2) kena fikirkan untuk new product development and product launching
memeng sah macam nak tubuhkan sebuah company baru and compete for introducing new product to market. memeng syukur sangat dapat group yang kira kamceng la with each other. ini kurang sikit dari (1) coz group work.

3) kesihatan mata tidak menentu
entah kenapa mata sekarang ni sengaja menunjukkan true color nya, semakin merah. dah lama tidak bertukar warna, kini kembali lagi. tak tahu nak buat macam mana. stress barangkali. kena jumpa yang pakar, ASAP.

4) tekanan dari subjek lain
setiap subjek ada tekanan yang tersendiri. memang berdoa sahaja dapat belajar and absorb segala ilmu yang lecturers sampaikan.

semoga semua ini dapat saya harungi untuk saya abdikan diri kepada Allah dan ad-din saya. semoga juga semua ini dapat memberikan kemanisan di kemudiaan hari. saya tidak boleh mengeluh dan berputus asa, Allah dah tentukan yang terbaik untuk hambaNya jalani. ini jalan yang harus saya tempuhi. semoga dipermudahkan segala urusan. amin..

Monday, July 12, 2010

antara 2..

ya Allah..Kau tatapkanlah hati aku ini..

tersepit antara 2 minor yang mengconfiuskan. hati berat nak amik unit operation tapi dalam masa yang sama pon nak amik functional food.

macam mana ni. nak naikkan balik pointer. tak nak asal lulus je. lecturer ajar best. tapi time exam xtaw nak kate cam ne.

Sunday, July 11, 2010

i'm back..

akhirnya, hari yang tak pernah ditunggu telah pun tiba. dengan rasa yang pelbagai, melangkah keluar dari rumahku syurgaku. memang terasa berat hati nak balik U semula. setelah lebih dari 6 bulan tak belajar secara formal, sekarang kembali kepada rutin harian sebagai campus student.

memeng lecel. tapi, bak kata mak, ape yang susah, bukannya suruh buat ape, cuma suruh belajar aje. mak tak tau betapa peritnya dugaan menjadi seorang pelajar. tapi, semua orang akan merasai setiap kitaran hidupnya one by one. seems look like life cycle of butterfly plak..hahaha

tak apa lah. life has to go on, no matter what. live well or live hell, i choose..

Followers