Subscribe to RSS feeds

Monday, June 28, 2010

sebulan di rumah..

Huh..dah lama rasanya tak post apa-apa kat blog kesayangan ni (memang lama, dekat sebulan gak). Macam-macam berlaku kat saya. Start je cuti hari tu, tolong mak jahit baju raya. Alhamdulillah, siap semuanya. Memang maraton buat semua tu. Nenek pula siap suruh buat langsir baru.. Memang tak menang tangan nak buat semuanya. Tapi, tak boleh nak tamak, coz report LI tak siap lagi. Tak apa lah, buzy pun buzy jugak, alhamdulillah duit masyuk..hehehe.

Yang paling tak boleh nak blah, cuti cousin kahwin. Special request from my uncle, dia suruh saya menjadi pengapit bagi anak dia. Memang lawak yang sampai nak terguling-guling gelak. Tak pernah terpikir pun. Redah je lah. Janji rock. Terasa macam dah nak dekat pula giliran saya ke jinjang pelamin. Memang kekok tahap tak ingat masa duk mengipas cousin hari tu.

Salah satu permintaan yang agak bernilai tinggi mak dan abah dah tunaikan. Memang rasa macam tak caya. Sekarang dari 'gadis kriss' dah bertukar ke 'gadis lagenda'..Satu perubahan yang agak ketara semenjak nak bergelar pelajar tahun akhir bachelor sains dan teknologi makanan ini. Semuanya syukur atas rahmat kurniaan dari Allah. Huhuh..tidak berapa lama lagi mahu pulang ke UPM dan bakal menyandang gelaran super senior di kolej, serta menjadi final year student. Kalau difikir-fikir balik, cuak, gelabah, gabra dan seumpama dengannya pasal 'title' tu.. What ever it is, pray for the best, and semoga dipermudahkan..

Friday, June 4, 2010

berakhirnya suatu latihan industri a.k.a. internship

Living in Rawang for about 6 months officially end tomorrow. It such an unbelievable thing happened. The moment that I wait most. Segala penderitaan hampir berakhir. Tak tahu la kalau penderitaan yang lain pula muncul. Esok juga 'check out' dari rumah sewa. Bagi balik kunci dekat pak cik yang memang banyak tolong selama ini.

Actually the internship program was ended a week ago. But I just stayed here to accompany my housemate before their family take them home. How care and how good I'm. Not letting them alone here. Bukan nak bangga diri or apa. Kesian (tapi, apa ada orang kesihan dekat saya?). Secara jujurnya, sedih nak tinggalkan hidup gaya macam ini. Sebab tak perlu fikir pasal exam. Saya bukan exam oriented student. Tak suka dengan exam. Hidup kat sini pun dah penuh dengan color. Macam-macam. Colorful jadinya.

Tapi, bukan pasal ini sahaja. Terpaksa tinggalkan kawan-kawan baru, jiran-jiran sebelah rumah yang best, environment yang boleh dikatakan best. Lagi satu, Rawang ini juga salah satu sejarah silam saya. Daerah tempat saya membesar selama 5 tahun. Memang betul laguu yang Tomok nyanyi tu. Sejarah memang akan berulang. Saya tak ingat nama seorang cendekiawan silam ini, tapi beliau pernah menyatakan yang sejarah mungkin akan berulang selang 5 tahun. Saya pula dah merasakannya.

Apa-apa hal pun, saya tetap akan meneruskan jalan yang Allah telah aturkan untuk saya ini. Sebab, saya tahu semua ini yang terbaik unttuk saya. Semoga pertemuan saya dengan orang-orang baru di Rawang ini dirahmati dan perpisahan pula akan diredhai Allah.

Wednesday, June 2, 2010

hati saya tak tenang

Mungkin sebab banyak sangat fikir kut. Mak tadi ngadu pasal adik. Adik bawak kereta mak then ntah macammana cermin depan (bukan side mirror) pecah. Mak tak tau nak cakap apa. Speechless. Perangai adik dah makin menjadi-jadi. May be sebab orang remaja = darah muda, tengah nak cuba segala benda duniawi. Dia tak sedar yang nak hidup ni punya la banyak guna duit, perah keringat and etc. Mak harap sangat dia boleh berubah. Hopefully, my family will not end up like a song sang by Pink, family portrait. Nauzubillah. Saya hanya mampu mendoakan supaya lembut hati adik saya itu. I want a happy family.

Kes seterusnya, pasal rumah sewa. Diam tak diam dah 6 bulan saya makan hati berulam jantung. Semua benda saya kena fikir. Gue capek bangat. Harap sangat segala pengalaman yang saya timba sepanjang tempoh ini berguna untuk masa depan.

Next, pasal serangan ke atas bantuan kemanusiaan ke Palestin. Memang saya beristighfar panjang atas musibah yang berlaku. Betapa kejamnya rejim Zionis laknatullah kepada misi kemanusiaan itu. Itu baru sikit sangat bantuan yang datang untuk membantu rakyat Palestin. Just imagine if the entire Muslim in the world bergabung tenaga untuk misi kemanusiaan seperti itu, confirm all of them kecut perut. I only can afford to pray for their safety and hopping that our brothers and sisters in Palestine and Gaza supaya tabah dan sabar dalam meghadapi ujian Allah. Keyakinan yang Islam pasti akan menang memang utuh tersemat dalam hati saya. He knows best.

Followers