Subscribe to RSS feeds

Sunday, March 28, 2010

indahnya alam ciptaan Tuhan..

Semalam berpeluang untuk 'mendaki' Bukit Belacan di Ampang. Tujuan utama adalah untuk melihat panorama indah Kota Metropolitan Kuala Lumpur. Keterujaan samasa 'mendaki' dengan kereta amatlah dirasai sebaik sahaja di awal 'pendakian'. Credit to kak dilla dengan penuh bersemangatnya dia membawa 3 dara pingitan ini ke sana (walaupun tak tahu jalan pada mulanya).



Menjejakkan kaki di pintu gerbang sudah menimbulkan rasa yang tersangat lah excited. Tapi lenguh juga kaki nak mendaki anak tangga yang macam Batu Cave bak kata Fara. Itu semua kerana kedekut 2 ringgit untuk parking. Tapi, sesampainya di atas, rasa bersyukur kerana tidak membawa sekali kereta coz parking memang limited.

Pemandangan memang sangat indah di atas sana. Satu kerugian sebab tak bawak camera. Apalah nasib..Tapi, yang tak enak dirasa dan dipandang, tempat yang sebegini indah ini decemari dengan kehadiran pasangan pengunjung yang tidak tahu lah sudah memiliki sijil nikah ataupun belum. Memang lumrah barangkali setiap tempat ada pro and contra nya. Itu tidak lagi dengan pengunjung yang berbangsa cina yang almaklumlah pakaian sangat lah 'sopan'. Spoil betul.

Enough about those merepek and out of date things. Tengok KLCC dari atas bukit tu nampak sangat kecik kalau nak dbandingkan dengan saiznya yang sebenar. Rasa macam nak picit-picit jak. Cam best pula dan teringat dengan drama My Girl at the same time. Hehehe..




I wish to go there again for the sekian kalinya with my future hubby next time, hehehe..(harap dimakbulkan). If some people wish to go there with their 'buayafriend' or 'gelifriend', for me not proper and illegal. May be I'm just take it too serious or think too far. But, as long as I'm a Muslim and my mind is still working, I won't do that stupid thing. Mencemarkan nama Islam dan juga pemandangan indah bagi yang menghargainya.



Saturday, March 27, 2010

gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut kelihatan..

Kisah ini diceritakan semasa saya di tingkatan 5. Alkisah..

Diceritakan ada sepasang suami isteri. Mereka hidup sentosa, bahagia, ceria dan damai (seperti yang dikisahkan di dalam fairy tales). Sehinggalah pada suatu hari, si suami mengalami kesakitan di seluruh badannya. Tatkala dia memegang kepalanya, sakit, pegang kaki, sakit, nak dipendekkan cerita, semua yang dipegangnya sakit.

Dia pun mengambil langkah selamat untuk merawatnya sebelum menjadi parah. Dengan penuh bersemangat dan gigih, dia mengembara ke seluruh ke seluruh pelusuk tempat. Namun, langsung tidak dikhabarkan tujuan pemergiaanya kepada si isteri.

"Sayang, sebenarnya abang ade masalah. Abang harus pergi ke beberapa tempat untuk mencari penyelesaian kepada masalah abang. Selama mana abang tiada di rumah, jagalah diri dan rumah kita elok-elok ye.."pesan si suami.

Isterinya, tanpa syak wasangka mengizinkan pemergian suaminya dengan rela hati.

Namun begitu, pengembaraan si suami bagi mencari penawar kepada kesakitan pada seluruh tubuhnya tidak membuahkan hasil. Jenuh dia mencari tabib terbaik, ahli perubatan tradisional juga doktor-doktor pakar, semuanya tidak menjadi. Penyakitnya juga tidak sembuh.

Setelah itu, dia pun membuat keputusan untuk pulang sahaja ke rumah dan mengkhabarkan hal tersebut kepada isterinya yang tercinta. Si isteri pun terkejut dengan kepulangan si suami yang nyata memperlihatkan air muka yang seakan-akan menanggung masalah dunia.

"Wahai abang ku sayang, kenapa dengan abang? Tidakkah abang keluar untuk menyelesaikan masalah abang? Mengapa abang pulang dengan wajah seperti itu?" soal si isteri yang begitu mengambil berat akan suaminya.

"Yang, yang, maafkan abang. Sebenarnya abang keluar untuk mencari penawar bagi kesakitan yang abang alami ni. Puas abang pergi ke semua tempat, tetapi semuanya tetap tidak dapat memberitahu punca penyakit abang ni. Abang pegang kepala, sakit, pegang kaki, sakit, pegang muka, sakit..pendek cerita, semuanya sakit" adu si suami.

Bertanya si isteri, "Kalau abang pegang sayang, sakit tak?"

"Sakit juga yang", jawabnya dengan penuh kehairanan. Masakan dia memegang isterinya, dia turut merasa sakit.

Nyata si isteri yang kaget itu bertambahlah risau. Segera dia mendapatkan suaminya dan menyuruhnya untuk segera berehat sambil dia turut memikirkan jalan yang terbaik untuk itu. Dengan izin Allah, si isteri dapat menyelesaikan persoalan tentang penyakit suaminya itu.

"Abang, mari sayang rawat penyakit abang." Diamati dan diteliti jari telunjuk suaminya, nyata terdapat luka kecil di situ. Itu lah sebenarnya punca kepada segala penyakit yang dialaminya. Lantas dirawat dan dibalut jari suaminya itu.

All in all, ketahuilah apa yang ada berhampiran dengan kita itu sebanarnya sangat arif tentang kita. Carilah orang yang terdekat dengan kita terlebih dahulu sebelum menemui orang lain.

awal mula pertama mula..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..




Cahaya atau nur sangat sinonim kepada orang yang sesat. Sesatnya insan di dunia ini adalah kegagalan untuk mencari redha Allah sebelum menuju ke destinasi Akhirat. Sepanjang mengharungi jalan yang penuh dengan ranjau, liku dan ujian ini, tiada lain hanyalah bekalan iman, amal dan taqwa yang paling utuh dan selamat untuk mengharunginya.

Hold on to Quran and Sunnah, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan..

'sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..'(94:6)

Friday, March 26, 2010

kenangan lama

Susah nak ditafsirkan segala yang terbuku di hati dan terperuk di fikiran. I want to let it out but unable to do so. May be the burden could be released but I'm the one who won't let it out. Sebabnya mudah sahaja.. Saya, aku, I, ape-ape je la boleh apply concept forgive and forget, tapi sorry seems to be the hardest word..(credit to blue and elton john)..Tapi, itu semua bukan pasal 'maaf' sahaja. Ini melibatkan something yang kite xleh nk lupakan. Soal hati dan perasaan. Semuanya harus dibicarakan face to face and heart to heart.Bukan secara berselindung.uhuuu~..susahnya terpisah antara jarak dan masa..

Followers