Subscribe to RSS feeds

Showing posts with label relax. Show all posts
Showing posts with label relax. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

sukasuki : 100+vanillalime


Sekadar mengisi masa terluang. Resipi yang nampak macam common. Tapi nak share juga dengan semua, kan sharing is caring. Most people called this kind of drink as 'float' which commonly use carbonated/soft drink like pepsi or coke added with ice cream. But, for this time around, I used 100+ and 'rare species' ice cream vanilla&lime (I used to search this kind of ice cream in quite number of shops, but only found it in tesco..huhuh).

The left image indicated the ingredients used and the right one merely the serving suggestion. Sorry for the quality of the image. The image taken only using an ordinary digital camera. Later on if I got extra fulus, pray for me that I can afford to buy dslr. InsyaAllah..

p/s: cuba, try, test..hehehe.. semestinya, S&S (Simple & Sedap)

Friday, September 9, 2011

Lembaran baru

Huhuh..lame bebenor tak post sebarang entri. Dah bersawang rasanya blog kesayangan ini. Duduk kat rumah, tapi tak cukup tanah nak melangkah. Sibuk teramat. Sebenarnya tak terlintas idea. Kalau ada pun masa tak mengizinkan. Dah ada masa macam dah basi pulak nak post entri. Terbiar burn macam tu sahajalah. Rasa lepas ini nak tambah satu lagi 'Label'. Since my closer friends and relatives know me as person yang boleh memasak (boleh la, sedap ke tak belakang kire, mostly orang kata sedap, hahaha.. naik lif tekan sendiri), so nak share la serba sedikit recipe yang orang boleh cam ianya air tangan saya. And of course simple and sedap. Nantikan kemunculannya.

Wednesday, May 4, 2011

the way to the end...#4

Sebenarnya tak sabar nak buat the way to the end finale. Sebelum ni, ingat exam habis cepat boleh la duduk kat rumah awal sikit dari kawan-kawan yang lain. Memang suruh duduk kat universiti penuh makna ni sampai betul-betul habis sem. Tu pun extend sikit coz langkawi trip untuk dairy tech class. Tak pe, yang penting kita enjoy.

Before langkawi trip tu, kena settle dulu thesis. Actually agak sedih coz hantar first draft bukan main awal. But my supervisor was too busy and last minute right before the due date to submit to the department, I shall get back the first draft. Takpe la, mungkin ada hikmah disebalik. Allah suruh sabar sikit. Bukan senang kalau nak dapat sesuatu yang baik dan sempurna. Even kalau nak dapatkan sagu, ruyungnya kena dipecahkan dulu. ecehh, berperibahasa pulak. Sekarang ni pun tak tahu nak buat ape. Duduk melepak kat bilik je, uhuu..

Right after dairy exam, pergi usha kl book fair. First time pergi. Memang la sesak. Even nak solat pun kena queue panjang. Alhamdulillah sempat grab contengan jalanan. Dahla before this sold out, kena reprint. Orang yang duk tunggu kat booth pon bukan main ramai. Rezeki hari itu. Ada hikmah pun dapat beli. Just on the correct time and place. Otak dan akal pun nak kena reformat, kena tune balik yang mana dah tak berapa betul. Sedikit sebanyak credit to the writer, Hlovate for the great story. Nak tahu, baca sendiri..

Tuesday, April 12, 2011

the way to the end...#2

Memang terasa sangat penat lepas balik dari PD sabtu lepas. The last time me and my coursemates hang out together. Muka semua orang sangat ceria. Memang sangat happening (pernah ke kami semua tak happening..??). Macam biasa, setelah pulang, semua sedih mengenangkan lepas ni semuanya akan membawa haluan masing-masing setelah bergraduat. Walaupun muka semuanya dah macam kena salai, dan dah mula bersalin kulit, semua tu langsung tak mendatangkan penyesalan. Kalau boleh, tak nak berpisah dengan semua kawan-kawan yang sememangnya 'gile-gile' ni. Mana tak nya, hampir dah masak dengan perangai setiap orang. Luar dan dalam. 4 tahun, bukan masa yang pendek. Tapi, lumrah. Setiap pertemuan ada perpisahan. Semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal selamanya. Semoga pertemuan dan perpisahan nanti diberkati Allah, dipanjangkan jodoh sehingga ke syurgaNya. Aminnn~

Corat-coret dari PD (credit to fufu and afrah)

Wednesday, January 19, 2011

Fire drill & kek batik


Perkara yang sememangnya mengundang rasa sakit hati pabila sedang asyik dibuai mimpi, dikejutkan dengan ketukan pintu yang kuat beserta arahan untuk kosongkan blok. Semuanya gara-gara fire drill. Tapi, disebabkan masalah teknikal, loceng yang sepatutnya berbunyi tidak berbunyi. Seolah-olah tidak merestui hal tersebut berlaku.

Syukur dalam keadaan mamai sempat menyambar tudung dan malam tadi ditakdirkan memakai baju tidur yang sopan berbanding malam sebelumnya. Sudah 2 kali saya berhadapan dengan situasi tersebut sejak menjadi penghuni K6. Dan alhamdulillah, saya masih mampu turun dalam keadaan sempurna lengkap berhijab tidak seperti rakan-rakan yang lain. Memang lucu melihat ragam orang pada waktu tersebut.

Tengah menunggu fire warden berbicara, sempat bersembang dengan beberapa rakan rapat. Dah kalau jumpa orang yang sekepala, memang kecoh lah jadinya. Semua pakat lapar bangun tengah-tengah malam. Jadi, ada yang mencadangkan untuk makan kek batik yang saya buat beberapa hari lepas. Syukur. Rezeki mereka dapat manikmati kek batik di kala jam merangkak ke angka 3 pagi. Jadilah 'kek batik pukul 3 pagi'. Memang tak pernah dibuat orang lepas fire drill pekena kek batik beberapa potong.

Kejadian itu menjadi satu rahmat kepada saya kerana sempat qiamullail sebentar sebelum menyambung sisa tidur yang berbaki. Kalu sebelum ini memang liat sangat nak bangun di 1/3 malam terakhir, namun niat yang dipasang sebelum tidur dikabulkan Allah.

p/s: dengan niat yang baik, insyaAllah dimakbulkan. kalau tidak pun, dapat pahala atas niat yang baik itu. ape yang penting...nawaitu lillahi taala...

Tuesday, November 30, 2010

Langkah kanan

Alhamdulillah.. syukur. Hari ini saya pergi ke MAHA (Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism) 2010 kat MAEPS, Mardi, Serdang (dekat je dengan UPM). Memang seawal 9 pagi banyak kenderaan beratur panjang nak ke sana. Acara julung-julung kali diadakanlah katakan. Dwi-tahunan pula tu. Terpaksalah naik motor nak ke sana. Cepat sikit sampai.

Plan awal memang ke sana seorang. Macam malas nak ajak kawan. Masing-masing sibuk buat FYP. Pergilah ronda-ronda kat semua dewan. Sesaknya yang amat. Dah macam tin sardin dah kat semua dewan yang ada (dari A to D). Plan nak balik awal terbantut bila ada seorang akak yang offer join kelas seni tampal-tampal (tak ingat namanya). Sebab free, join je. Ingatkan sekejap. Dekat 1 jam juga la buat seni dan segala bagai tu. Tak sangka, ingat creativity dah berkarat, tangan dah kaku nak buat art work. Jadi juga sebuah 'master piece'. Cewahhh.. Bukan nak bangga, riak lagi la bukan. Dah rezeki namanya. Ingatkan suka-suka je, macam aunty Chinese yang duduk sebelah saya. Sempat juga bersembang-sembang. Buat je muka manis. Walau dengan sesiapa pun. Aunty tu, even dengan another aunty Chinese next to her pun dia tak berapa tegur. First time ni rasa orang syok sembang dengan saya. Hehehe..

At the end, the organizer announce that they will choose the best 3 'master piece' for some gift. Luckily, today is my day, I was announced as 1st runner up. Terkejut juga dibuatnya. Dapat egg cracker/separator. Jadilah. Nama pun bidan terjun.

p/s: gambar di atas merupakan the first 'master piece' of tampal-tampal art work. rasanye lepas ni boleh buat business kut..(sementara tengah hangat English style decoration)

Friday, October 29, 2010

alhamdulillah..tempat ke-3



Særat Bites [combination of serat(fiber)+ sarat(compact with nutritious ingredients)]

ENERGIZING YOU! on the GO snack! quick & long lasting ENERGY!

Memang macam tak percaya, akhirnya group saya EnerGo dinobatkan sebagai pemenang ke-3 untuk New Food Product Development. Tak sia-sia usaha saya bersengkang mata menyiapkan design untuk packaging dua tiga minggu lepas.



Walaupun video tersebut tak banyak berkisar tentang group yang saya anggotai, tapi rasa bangga tetap ada. (Dah la gambar kumpulan pun tak ada, huhu) Berinspirasikan kurma sebagai ramuan utama, akhirnya product yang selama ini diidamkan untuk dihasilkan, membuahkan hasil. Walaupun banyak rintangan dan dugaan, kami ber11 tetap harungi bersama (tak tidur langsung before hari kejadian).

Overall, banyak pujian ditabur kepada product kami. Hanya kesyukuran yang dipanjatkan atas pemberian ilham dari Yang Maha Bijaksana.

p/s: Memang macam gedik je letak nama Særat Bites, tapi nak jugak (setelah musyawarah dilakukan & persetujuan oleh semua ahli)..nak sebut pun kene gedik jugak..saaaieeerat..hehehe







Thursday, July 29, 2010

imbuhan

ada satu hari tu, on the way nak keluar lunch, sahabat saya bertanya destinasi untuk mengisi perut kami bertiga. sedang sibuk melontarkan idea, sahabat saya yang seorang ini berkata, "tak kesah lah nak makan mana pun. saya tidak berhala sekarang ini."

terbit kata baharu, walaupun perkataan itu memang dah lama diketahui maksudnya. tapi, "berhala" yang ini membawa maksud yang jauh dari maksud berhala sebelum ini.

perkataan "hala" membawa maksud arah, tujuan.
apabila imbuhan "ber" ditambahkan pada awal perkataan, ia membawa maksud sama dengan mempunyai arah.

tapi, kesahihan tatabahasa ini tidak dapat dipastikan. harus bertanya kepada yang arif. entri ini hanya sekadar humor semata-mata.

Monday, May 31, 2010

say taknak to daging...titik!!!

Sebenarnya tak de la sampai taknak. Cuma kena kurangkan sedikit untuk masa ini. Demi kebaikan masa depan. Sejak dua menjak ni, lepas makan daging je, kepala terus sakit. Buat research kat Google and the result stated that it may be one of the symptom of hypertension or also called as high blood pressure. It seems scary for me because it may lead to heart attack and stroke. Also categorized as silent killer.

Baru je nak berjinak-jinak nak suka makan daging dan merasakan kenikmatan daging black paper, nampaknya nikmat tu kena tarik balik. May be salah satu sebab yang saya telah mengabaikan kesihatan saya dengan tidak bersenam. Hurm.. Hana, batter you make a move fast before everything getting worse. Kesihatan itu pun satu nikmat dari Allah yang harus dijaga.

To sum up, saya harus buat exercise at lease 3 times a week for about 10 minutes as suggested by the expertise. Semua ini adalah untuk mengembalikan kenikmatan sementara yang telah ditarik balik. Semoga nikmat tersebut boleh dinikmati kembali disamping saya boleh merasai nikmat yang lain. Ameen..

Sunday, April 11, 2010

genting oh genting..









Setelah sekian lama mearancang, akhirnya hasrat kami berlima untuk ke Genting Highland tercapai. Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaanNya dan rahmatNya kami semua selamat pergi dan pulang dari kota keriangan itu.

Syukur sangat dapat mengembalikan hampir semua kenangan 5 tahun lalu. Sewaktu pergi bersama-sama rakan-rakan satu tingkatan dengan tujuan untuk mereleasekan tension sebelum SPM. Pertama kali berada di Genting pada waktu malam. Hampir-hampir frustrated coz tak dapat main space shot. Tapi, pada saat akhir dapat juga peluang itu. Dapatlah tengok seluruh banjaran titiwangsa, kawasan ditempat tinggi pada waktu malam. Subhanallah, sangat cantik alam ciptaan Allah. Tambah pula suasana sejuk, macam duk kat overseas pula. Haha, dapat juga saya merasa pengalaman tersebut. Corkscrew roller coster pun naik juga. Kesian dekat ayu, wani and fara. Tak dapat main go kart coz kurang ketinngian. Skema betul staff in charge waktu tu. Lastly, before dinner, naik balik buaian. Benda yang pertama kali naik waktu masuk. Ambil gambar malam tu pun ambil macam style My Girl. Hehe..

Memang macam tak percaya, masuk snow world pun waktu malam. Tengah malam pulak tu. Tapi, alhamdulillah, rezeki malam tu, dapat discount untuk gambar. Jadi pulak last customer.

Lepas puas sakan ambil gambar, baru lah balik hotel. Itu pun memang kaki macam dah nak patah. Tidur lak dah la 2 katil untuk 5 orang. Nak jimat punye pasal.

Lepas subuh pulak, tak boleh tidur. Layan la lagu KCB. Mandi, pastu ikut kak dilla breakfast. Memang la nampak semua macam nak makan. Tapi sedar limit kat perut.

Lepas habis ayu, wani fara breakfast, baru lah turun nak balik, naik cabel car. Seronok naik berlima je. Macam biasa lah, sakan bergambar. Semua kenagan itu memang tak boleh nak lupakan. Sangat-sangat berterima kasih kat kak dilla. Perkenalan yang singkat itu, membuahkan ukhuwah yang sangat utuh. Semoga setelah habis practical nanti pun, we'll do keep in touch forever. Hopefully, He knows best..

Sunday, March 28, 2010

indahnya alam ciptaan Tuhan..

Semalam berpeluang untuk 'mendaki' Bukit Belacan di Ampang. Tujuan utama adalah untuk melihat panorama indah Kota Metropolitan Kuala Lumpur. Keterujaan samasa 'mendaki' dengan kereta amatlah dirasai sebaik sahaja di awal 'pendakian'. Credit to kak dilla dengan penuh bersemangatnya dia membawa 3 dara pingitan ini ke sana (walaupun tak tahu jalan pada mulanya).



Menjejakkan kaki di pintu gerbang sudah menimbulkan rasa yang tersangat lah excited. Tapi lenguh juga kaki nak mendaki anak tangga yang macam Batu Cave bak kata Fara. Itu semua kerana kedekut 2 ringgit untuk parking. Tapi, sesampainya di atas, rasa bersyukur kerana tidak membawa sekali kereta coz parking memang limited.

Pemandangan memang sangat indah di atas sana. Satu kerugian sebab tak bawak camera. Apalah nasib..Tapi, yang tak enak dirasa dan dipandang, tempat yang sebegini indah ini decemari dengan kehadiran pasangan pengunjung yang tidak tahu lah sudah memiliki sijil nikah ataupun belum. Memang lumrah barangkali setiap tempat ada pro and contra nya. Itu tidak lagi dengan pengunjung yang berbangsa cina yang almaklumlah pakaian sangat lah 'sopan'. Spoil betul.

Enough about those merepek and out of date things. Tengok KLCC dari atas bukit tu nampak sangat kecik kalau nak dbandingkan dengan saiznya yang sebenar. Rasa macam nak picit-picit jak. Cam best pula dan teringat dengan drama My Girl at the same time. Hehehe..




I wish to go there again for the sekian kalinya with my future hubby next time, hehehe..(harap dimakbulkan). If some people wish to go there with their 'buayafriend' or 'gelifriend', for me not proper and illegal. May be I'm just take it too serious or think too far. But, as long as I'm a Muslim and my mind is still working, I won't do that stupid thing. Mencemarkan nama Islam dan juga pemandangan indah bagi yang menghargainya.



Saturday, March 27, 2010

gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut kelihatan..

Kisah ini diceritakan semasa saya di tingkatan 5. Alkisah..

Diceritakan ada sepasang suami isteri. Mereka hidup sentosa, bahagia, ceria dan damai (seperti yang dikisahkan di dalam fairy tales). Sehinggalah pada suatu hari, si suami mengalami kesakitan di seluruh badannya. Tatkala dia memegang kepalanya, sakit, pegang kaki, sakit, nak dipendekkan cerita, semua yang dipegangnya sakit.

Dia pun mengambil langkah selamat untuk merawatnya sebelum menjadi parah. Dengan penuh bersemangat dan gigih, dia mengembara ke seluruh ke seluruh pelusuk tempat. Namun, langsung tidak dikhabarkan tujuan pemergiaanya kepada si isteri.

"Sayang, sebenarnya abang ade masalah. Abang harus pergi ke beberapa tempat untuk mencari penyelesaian kepada masalah abang. Selama mana abang tiada di rumah, jagalah diri dan rumah kita elok-elok ye.."pesan si suami.

Isterinya, tanpa syak wasangka mengizinkan pemergian suaminya dengan rela hati.

Namun begitu, pengembaraan si suami bagi mencari penawar kepada kesakitan pada seluruh tubuhnya tidak membuahkan hasil. Jenuh dia mencari tabib terbaik, ahli perubatan tradisional juga doktor-doktor pakar, semuanya tidak menjadi. Penyakitnya juga tidak sembuh.

Setelah itu, dia pun membuat keputusan untuk pulang sahaja ke rumah dan mengkhabarkan hal tersebut kepada isterinya yang tercinta. Si isteri pun terkejut dengan kepulangan si suami yang nyata memperlihatkan air muka yang seakan-akan menanggung masalah dunia.

"Wahai abang ku sayang, kenapa dengan abang? Tidakkah abang keluar untuk menyelesaikan masalah abang? Mengapa abang pulang dengan wajah seperti itu?" soal si isteri yang begitu mengambil berat akan suaminya.

"Yang, yang, maafkan abang. Sebenarnya abang keluar untuk mencari penawar bagi kesakitan yang abang alami ni. Puas abang pergi ke semua tempat, tetapi semuanya tetap tidak dapat memberitahu punca penyakit abang ni. Abang pegang kepala, sakit, pegang kaki, sakit, pegang muka, sakit..pendek cerita, semuanya sakit" adu si suami.

Bertanya si isteri, "Kalau abang pegang sayang, sakit tak?"

"Sakit juga yang", jawabnya dengan penuh kehairanan. Masakan dia memegang isterinya, dia turut merasa sakit.

Nyata si isteri yang kaget itu bertambahlah risau. Segera dia mendapatkan suaminya dan menyuruhnya untuk segera berehat sambil dia turut memikirkan jalan yang terbaik untuk itu. Dengan izin Allah, si isteri dapat menyelesaikan persoalan tentang penyakit suaminya itu.

"Abang, mari sayang rawat penyakit abang." Diamati dan diteliti jari telunjuk suaminya, nyata terdapat luka kecil di situ. Itu lah sebenarnya punca kepada segala penyakit yang dialaminya. Lantas dirawat dan dibalut jari suaminya itu.

All in all, ketahuilah apa yang ada berhampiran dengan kita itu sebanarnya sangat arif tentang kita. Carilah orang yang terdekat dengan kita terlebih dahulu sebelum menemui orang lain.

Followers