Subscribe to RSS feeds

Friday, January 13, 2012

Sepetang di Kuala Sepetang

Cuti sekolah baru-baru ini saya dan keluarga berkesempatan untuk holiday di sekitar Taiping, Perak (itu pun atas desakan oleh adik-adik yang senget dan sengal..hahaha). Memang first time holiday on weekdays. Mak pula terpaksa "bekerja" dan siap bawa laptop and printer lagi tu ke hotel. Ad hock plan, hotel pun tak sempat nak booking. Redah beberapa hotel semuanya fully booked. Luckily ada yang available untuk kami bermalam di sana. Memang tak sangka, hotel yang boleh tahan dengan harganya pun reasonable. Flamington Hotel. Yang bestnya, dari tingkap boleh nampak Taman Tasik Taiping, and kat rooftop dia ada swimming pool dan boleh nampak view bukit larut dari situ. Kalau naik ke rooftop awal-awal pagi, memang sangat best, boleh hirup fresh air, nampak bukit larut yang diselubungi kabus dan ramai yang ambil kesempatan untuk berjogging disekitar tasik. Yang tak boleh dilupakan, semasa breakfast, saya sempat merasai bread pudding. Memang yang paling sedap saya pernah rasa.

view dari rooftop

Sempat juga kami sekeluarga merasai juadah enak di kuala sepetang iaitu mee udang mak jah. Memang terbaik (tiru gaya boboi boy). Kalau tak silap restoran tersebut pernah dikunjungi ole crew jalan-jalan cari makan. Rasa mee udangnya, terangkat. Dalam satu mangkuk mee, ada lebih kurang 10 ekor udang yang sememangnya fresh belaka. Terasa kemanisan udangnya. Semua menu yang disediakan di restoran tersebut berasaskan udang semata-mata. Kuala Sepetang atau nama asalnya Port Weld, merupakan tempat yang sangat famous dengan mee udang. Sepanjang perjalanan ke restoran mak jah ini, terdapat gerai-gerai kecil yang turut bersaing menyediakan juadah mee udang. Tapi, restoran mak jah ini memang famous antara yang lain, sampaikan pengunjung yang datang bukan sahaja berkereta, tapi siap rombongan dengan bas. Jangan risau, service yang diberikan turut memuaskan. Kami sekeluraga turut merasai kesedapan mee udang sampai dah nak muak tengok udang yang terlampau banyak. Harga semua makanan disitu ok, berpatutan. Memang sepetang lah kami disana meluangkan menikmati dinner yang agak awal dari yang sepatutnya.


p/s: dah macam travelog airasia pula..hahaha. apepe pon, sharing is caring, sharing is loving...

Followers