Subscribe to RSS feeds

Tuesday, May 29, 2012

Belajar melalui pengalaman

Sekadar perkongsian melalui pengalaman yang saya sendiri alami. Menamatkan degree memang tersangatlah seronok. Tapi realiti kehidupan yang sebenar bukanlah seindah seperti yang diingini. Mungkin juga bergantung kepada qada' dan qadar yang Allah sudah tentukan untuk hambaNya. Memang sengit persaingan untuk mendapat tempat di arena kerjaya. Pernah saya ditawarkan sesuatu jawatan yang boleh tahan lumayan gajinya. Dan saya sendiri telah menjalani 'training' di syarikat berkenaan selama seminggu. Mungkin Allah nak tunjukkan kepada saya dan selamatkan saya dari terus-terusan hanyut dibuai kenikmatan duniawi yang fana ini, segala baik-buruk berada di syarikat berkenaan terserlah dihadapan mata.

Paling saya ingat pabila saya dipaksa membuka aurat (bukan buka tudung, tapi kena lipat baju sehingga ke siku) jika tidak saya akan dipaksa keluar. Hal tersebut merupakan peraturan syarikat berkenaan yang saya memang tidak pernah tahu tentangnya. Syukur hari tersebut merupakan hari terakhir training saya dan pengurus tersebut tiada pada akhir waktu saya disana. Walaupun terpaksa melepaskan kerjaya yang bergaji lumayan, saya sedikit pun tidak menyesal kerana saya menginginkan keberkatan pada rezeki saya. Syukur alhamdulillah, bukti Allah itu Maha Kaya, Maha Pemberi Rezeki, sejurus selepas saya habis training, saya mendapat kerja baharu di sebuah syarikat lain. Walaupun gajinya tidaklah selumayan majikan saya sebelumnya,  cukuplah saya boleh menjaga aurat saya dengan sempurna disamping waktu solat saya pun terjaga.

Saya memang tidak pernah menyangka yang situasi seperti itu akan terjadi kepada saya. Rasa macan drama swasta kat tv. Tapi, hakikatnya saya sendiri berpeluang merasainya.    

p/s: biar sedikit asalkan berkat, apa yang ada seharusnya disyukuri..

No comments:

Post a Comment

Followers