Subscribe to RSS feeds

Sunday, July 15, 2012

Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul

Asslamualaikum w.b.t. and greetings to all..

Banyak kebiasaan yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari yang menjadi kebiasaan tetapi sebenarnya hal tersebut salah dari segi hukum. Susah dan tak tahu nak cari di mana silapnya. Rasanya it's about the awareness to do and choose the right thing. Sekali lagi berlaku dihadapan mata saya. Ada seorang kakak, memakai sarung lengan. Rakan sebelahnya sedang berbual tentang bulu pada lengannya. Rakannya kemudian meminta supaya dia menunjukkan lengannya. Kakak tersebut enggan berbuat demikian dan berkata bahawa itu aurat. Saya memang tidak menyangka yang rakan kakak itu akan menjawab, "Eleh, nak cover konon. Tak payah lah nak tunjuk alim." 

Jawapan yang cukup berani. Pakai sarung lengan bukannya nak tunjuk alim. Dah memang kewajipan sabagai seorang muslimah untuk menutup seluruh badan kecuali sesetengah bahagian yang dibenarkan untuk didedahkan. Kakak tersebut pun berkali-kali mengatakan yang itu aurat tetapi malangnya tiada sekelumit rasa bersalah pun terbit diwajah rakannya atas apa yang telah diperkatakannya sebelum itu. Susahnya nak bagi kesedaran untuk orang yang tidak mahu melembutkan hatinya untuk mengikut jalan Islam yang sebenar. Kalau nak tunggu Allah berikan hidayah, tetapi diri sendiri tak mahu berusaha untuk mencarinya, sampai bila-bila pun tak ke mana. Allah telah berfirman; '...Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum tersebut sendiri mengubah nasibnya... ' (Ar-Ra'd, 11) . 

Saya tahu, saya bukanlah orang yang selayaknya untuk memberi nasihat tentang agama. Saya hanyalah seorang insan kerdil, watak picisan dalam kehidupan yang fana di dunia ini. Tapi, saya berusaha untuk mengamalkan semua yang tertulis di al-Quran dan segala yang keluar dari lidah Rasulullah s.a.w. Setiap kali sebelum melangkah keluar rumah, saya akan tengok cermin besar di tepi pintu. Tengok diri sendiri dari hujung kepala ke hujung kaki, samada saya dah cukup menutup aurat atau pun tidak. Sebab, saya akan berjalan di muka bumi Allah. Terasa malu untuk berjalan dalam keadaan yang tidak sempurna yang seolah-olah berpakaian tetapi bogel. Namun, itulah hakikat trend pakaian muslimah sekarang. Nauzubillah.. malu dan kesian tengok golongan muslimah sekarang yang terlalu terikut-ikut fesyen moden terkini. Saya bersetuju dengan pendapat seorang ustazah, beliau mengatakan, wanita zaman ini yang berpakaian tetapi bogel sebenarnya bukan wanita moden, tetapi sebenarnya wanita jahiliah. Kerana bukan mereka tidak tahu, tetapi sengaja tidak mahu mengambil tahu perkara yang benar. Sedihnya hati. So sad they took for granted things regarding on aurat especially aurat pada lengan. Saya berharap dan memohon agar saya dapat menjadi asbab ramai lagi muslimah akan menutup aurat dengan sempurna dengan setiap apa yang saya amalkan sehingga ke saat ini. Semoga Allah mencampakkan hidayah dan taufikNya kepada seluruh hambaNya. 

p/s: baru perasan banyak juga post saya yang berkisar tentang aurat..marilah bersama-sama audit diri sebelum kita diaudit oleh auditor Yang Maha Agung.sekadar untuk muhasabah diri..wassalam..  

No comments:

Post a Comment

Followers