Assalamualaikum w.b.t. and greetings to all..
Untuk entri kali ini, saya rasa isu yang bakal dibangkitkan agak berat. Tapi, saya terasa sangat-sangat terpanggil untuk berkongsi rasa walaupun hanya sekadar di alam maya. Hegemoni barat memang sudah lama bertapak dan mempengaruhi pemuda-pemudi dan remaja-remaji di negara ini. Saya bukanlah nak menyalahkan kemasukan hegemoni barat 100%. Tapi, saya menyalahkan individu yang tidak tahu memilih dan membezakan antara yang haq dan yang batil. Yang paling obvious ialah masalah sosial yang berlaku kini.
Budaya meraikan tahun baharu pada malam 1 januari contohnya dan terbawa-bawa ke malam merdeka. Pada pengamatan saya, hal tersebut langsung tiada motif dan faedah. Untuk apa konsert-konsert tersebut diadakan? Sekadar hiburan yang langsung tidak mendatangkan manfaat dan kebaikan sebaliknya hanya membazirkan wang dan menjerumus kepada kemaksiatan. Jika digantikan dengan majlis kesyukuran, bacaan Yaasin, doa selamat alangkah lebih bererti dan berfaedah sebagai tanda kesyukuran yang kita diberi peluang lagi oleh Allah untuk berada di tahun baru dan sebagai tanda syukur atas kemerdekaan yang dikecapi. Percaya atau tidak, memang perkara yang menyusul selepas sambutan tersebut hanaylah kemaksiatan semata-mata. Menurut sumber, ramai yang terlanjur atau sengaja 'melanjurkan' diri bersama orang yang bukan halal bagi mereka. Hasilnya, 9 bulan kemudian, berlakulah kelahiran yang tidak dipinta yang kebanyakan usiannya berakhir tampa sempat melihat dunia dan hanya disemadikan di tempat yang hina dan langsung tidak layak bagi insan kerdil yang langsung tiada dosa.
Teringat saya akan satu kisah benar yang juga berkisar tentang keruntuhan akhlak remaja dan masalah sosial. Sepasang suami isteri, agak lewat mendirikan rumah tangga. Pun begitu, mereka mencuba dan terus mencuba untuk mendapatkan anak. Dalam meniti ujian Allah, akhirnya diusia yang agak lewat, pasangan tersebut dikurniakan sepasang cahaya mata; kakak dan adik. Allah terus menduga pasangan tersebut, mungkin ianya salah satu jalan untuk mereka berdua dikurniakan jannah oleh Allah kelak. Bukankah 'tiket' ke jannah amat mahal harganya. Semasa kakak meniti usia 17 tahun dan bakal menghadapi SPM, impian sang ibu dan ayah untuk melihat anaknya berjaya dalam SPM mungkin tidak akan kesampaian. Begitu lama ibu dan ayah menunggu untuk kelahiran kakak, namun begitu senang kakak 'menghadiahkan' cucu untuk ibu dan ayahnya. Runtuh tangga-tangga impian yang dibina oleh sepasang suami isteri tersebut. Aib dan malu terpaksa ditanggung atas arang yang sudah terpalit pada muka ibu dan ayah. Bila ditanya pada kakak, seolah -olah tiada dosa yang dilakukan, tiada salah atas segala yang berlaku. Betapa malu sudah lama pudar, maruah sudah tiada harganya, iman memang tiada ertinya, akhlak sudah lama ditinggalkan. Alangkah sedihnya si ibu apabila diberitakan akan kehadiran bakal cucunya dari guru kakak melalui sms. Apabila siasatan dilakukan, tiga orang suspek ditahan. Ditanya kakak kembali, bagaimana kehidupannya selepas peristiwa tersebut, apakah mahu diteruskan dengan ikatan perkahwinan, jawapannya tidak. Mahu ambil SPM katanya. Sudah sampai ke tahap ini, baru ingat tentang masa depan, tentang SPM. Tapi, ayah kepada anak yang dikandungkannya tidak tahu yang mana satu. Bayangkan ramaja yang baru berusia 17 tahun sudah ketagih dengan seks. Realiti yang kerap berlaku kini oleh sebab terlalu banyak dihidangkan dengan cerita-cerita dan bahan-bahan 'kotor' yang amat mudah di access dari pelbagai sumber. Si ibu, langsung tidak mahu 'bakal cucunya' dan kini kakak di tempatkan di pusat pemulihan akhlak dengan harapan kakak akan berubah dan kembali ke pangkal jalan. Apabila melihat wajah si ibu yang sudah terpalit malu dan aib, kasihan dan simpati saya tumpah. Sejak itu, saya bertekad saya akan menjaga maruah saya dan maruah agama serta keluarga saya sebaik-baiknya hatta terpaksa berkorban dengan nyawa saya. Saya juga bertekad yang air mata mak saya tidak akan gugur melainkan khabar baik dan gembira.
Namun begitu, sebagai saudara seislam, kita tidak boleh membenci orang seperti kakak. Kalau tak silap ada kata-kata ulama'; jangan membenci orang yang melakukan dosa, tapi bencilah dosa yang dilakukannya. Man la yarham, la yurham; sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi. Kita seharusnya kasihan akan kakak dan membenci akan perbuatannya sahaja dan jangan sekali-kali mencuba untuk melakukan sesuatu yang baru. Lupakan perasaaan curious tentang perkara yang kita rasakan baru dalam hidup kita terutamanya yang baru menginjak-injak ke usia konon-kononnya bajet dah dewasa dan boleh buat keputusan sendiri as saying goes curiosity killed the cat.
p/s: diharap agar perkongsian saya ini dapat menyuntik semangat untuk menjaga dan memelihara maruah diri dan agama. terutamanya kepada wanita-wanita di luar sana, sentiasalah ingat hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, golongan wanita antara yang ramai menghuni neraka oleh sebab kegagalan mereka menjaga mulut dn menjaga kemaluannya.
No comments:
Post a Comment