Subscribe to RSS feeds

Saturday, July 28, 2012

Realiti zaman kini

Assalamualaikum w.b.t. and greetings to all..

Untuk entri kali ini, saya rasa isu yang bakal dibangkitkan agak berat. Tapi, saya terasa sangat-sangat terpanggil untuk berkongsi rasa walaupun hanya sekadar di alam maya. Hegemoni barat memang sudah lama bertapak dan mempengaruhi pemuda-pemudi dan remaja-remaji di negara ini. Saya bukanlah nak menyalahkan kemasukan hegemoni barat 100%. Tapi, saya menyalahkan individu yang tidak tahu memilih dan membezakan antara yang haq dan yang batil. Yang paling obvious ialah masalah sosial yang berlaku kini.

Budaya meraikan tahun baharu pada malam 1 januari contohnya dan terbawa-bawa ke malam merdeka. Pada pengamatan saya, hal tersebut langsung tiada motif dan faedah. Untuk apa konsert-konsert tersebut diadakan? Sekadar hiburan yang langsung tidak mendatangkan manfaat dan kebaikan sebaliknya hanya membazirkan wang dan menjerumus kepada kemaksiatan. Jika digantikan dengan majlis kesyukuran, bacaan Yaasin, doa selamat alangkah lebih bererti dan berfaedah sebagai tanda kesyukuran yang kita diberi peluang lagi oleh Allah untuk berada di tahun baru dan sebagai tanda syukur atas kemerdekaan yang dikecapi. Percaya atau tidak, memang perkara yang menyusul selepas sambutan tersebut hanaylah kemaksiatan semata-mata. Menurut sumber, ramai yang terlanjur atau sengaja 'melanjurkan' diri bersama orang yang bukan halal bagi mereka. Hasilnya, 9 bulan kemudian, berlakulah kelahiran yang tidak dipinta yang kebanyakan usiannya berakhir tampa sempat melihat dunia dan hanya disemadikan di tempat yang hina dan langsung tidak layak bagi insan kerdil yang langsung tiada dosa.

Teringat saya akan satu kisah benar yang juga berkisar tentang keruntuhan akhlak  remaja dan masalah sosial. Sepasang suami isteri, agak lewat mendirikan rumah tangga. Pun begitu, mereka mencuba dan terus mencuba untuk mendapatkan anak. Dalam meniti ujian Allah, akhirnya diusia yang agak lewat, pasangan tersebut dikurniakan sepasang cahaya mata; kakak dan adik. Allah terus menduga pasangan tersebut, mungkin ianya salah satu jalan untuk mereka berdua dikurniakan jannah oleh Allah kelak. Bukankah 'tiket' ke jannah amat mahal harganya. Semasa kakak meniti usia 17 tahun dan bakal menghadapi SPM, impian sang ibu dan ayah untuk melihat anaknya berjaya dalam SPM mungkin tidak akan kesampaian. Begitu lama ibu dan ayah menunggu untuk kelahiran kakak, namun begitu senang kakak 'menghadiahkan' cucu untuk ibu dan ayahnya. Runtuh tangga-tangga impian yang dibina oleh sepasang suami isteri tersebut. Aib dan malu terpaksa ditanggung atas arang yang sudah terpalit pada muka ibu dan ayah. Bila ditanya pada kakak, seolah -olah tiada dosa yang dilakukan, tiada salah atas segala yang berlaku. Betapa malu sudah lama pudar, maruah sudah tiada harganya, iman memang tiada ertinya, akhlak sudah lama ditinggalkan. Alangkah sedihnya si ibu apabila diberitakan akan kehadiran bakal cucunya dari guru kakak melalui sms. Apabila siasatan dilakukan, tiga orang suspek ditahan. Ditanya kakak kembali, bagaimana kehidupannya selepas peristiwa tersebut, apakah mahu diteruskan dengan ikatan perkahwinan, jawapannya tidak. Mahu ambil SPM katanya. Sudah sampai ke tahap ini, baru ingat tentang masa depan, tentang SPM. Tapi, ayah kepada anak yang dikandungkannya tidak tahu yang mana satu. Bayangkan ramaja yang baru berusia 17 tahun sudah ketagih dengan seks. Realiti yang kerap berlaku kini oleh sebab terlalu banyak dihidangkan dengan cerita-cerita dan bahan-bahan 'kotor' yang amat mudah di access dari pelbagai sumber. Si ibu, langsung tidak mahu 'bakal cucunya' dan kini kakak di tempatkan di pusat pemulihan akhlak dengan harapan kakak akan berubah dan kembali ke pangkal jalan. Apabila melihat wajah si ibu yang sudah terpalit malu dan aib, kasihan dan simpati saya tumpah. Sejak itu, saya bertekad saya akan menjaga maruah saya dan maruah agama serta keluarga saya sebaik-baiknya hatta terpaksa berkorban dengan nyawa saya. Saya juga bertekad yang air mata mak saya tidak akan gugur melainkan khabar baik dan gembira.


Namun begitu, sebagai saudara seislam, kita tidak boleh membenci orang seperti kakak. Kalau tak silap ada kata-kata ulama'; jangan membenci orang yang melakukan dosa, tapi bencilah dosa yang dilakukannya. Man la yarham, la yurham; sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi. Kita seharusnya kasihan akan kakak dan membenci akan perbuatannya sahaja dan jangan sekali-kali mencuba untuk melakukan sesuatu yang baru. Lupakan perasaaan curious tentang perkara yang kita rasakan baru dalam hidup kita terutamanya yang baru menginjak-injak ke usia konon-kononnya bajet dah dewasa dan boleh buat keputusan sendiri as saying goes curiosity killed the cat. 


p/s: diharap agar perkongsian saya ini dapat menyuntik semangat untuk menjaga dan memelihara maruah diri dan agama. terutamanya kepada wanita-wanita di luar sana, sentiasalah ingat hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, golongan wanita antara yang ramai menghuni neraka oleh sebab kegagalan mereka menjaga mulut dn menjaga kemaluannya. 

Saturday, July 21, 2012

Mari 'berpesta'...

Assalamualaikum w.b.t. and greetings to all..

Praise to Allah for grant me another chance being in the month with full of bless and mercy. Ahlan ya Ramadhan. I just want to share something related with fasting. Amalan berpuasa merupakan antara satu kewajipan yang harus dilakukan bagi seorrang muslim dan juga terkandung didalam rukun islam yang 5 itu.  Disebalik menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa, hikmah menahan lapar bagi saya cukup indah sesuai dengan the beauty of Islam itu sendiri.

I'm not the right person to explain about this. But with a little knowledge that I got from an expertise in medical science, I felt so excited to share about this. Human body will secrete gastric acid when we are hunger. Especially during hunger, the gastric acid is secretion involve three parts of body; brain, stomach and intestine (jika saya salah fakta, mohon perbetulkan ye). But then, kalau kita mahu menjalani ibadah puasa, dan memasang niat pada sebelah malamnya, InsyaAllah badan kita akan mendapat 'kuasa' luar biasa untuk menghadapi tempoh seharian berpuasa. How great Allah create our body system. The power of niat was actually stimulate brain to 'command' stomach not to secrete the acid, more or less like inhibitory effect la. I got chance to experience the situation. Mula-mula, konon nak berpuasa dan hanya pasang niat pada malam hari tanpa bersahur. Another situation, memang tak planning langsung untuk berpuasa dan ambil makanan yang sangat sedikit during breakfast. Untuk situasi pertama, rasa lapar langsung tidak mempengaruhi aktiviti seharian. Tapi situasi kedua, memang tak sampai pukul 9 pagi, perut dah macam semacam dan memberontak minta diisi. Seolah-olah macam gastric acid dah mula menghakis dinding perut dengan hebatnya (terhiperbola pula). Subhanallah.. hebat kan kuasa niat. Inna a'malu bin niyat. Kalau niat baik dan niat pula kerana Allah, pasti dipermudahkan. However, niat tidak menghalalkan cara. Aside from that, ketone smell release by mouth still occur due to the usage of fat to produce energy instead of respiration from carbohydrate to make 'fuel' for body.

p/s: stop sampai sini dulu la untuk hikmah berpuasa tak kiralah yang sunat ataupun wajib. Selamat menjalani ibadah puasa dan "berpesta gila-gila" dengan ibadah sepanjang bulan ini seolah-olah ini la peluang terakhir kita untuk berada di bulan yang penuh kemuliaan ini.    

Sunday, July 15, 2012

Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul

Asslamualaikum w.b.t. and greetings to all..

Banyak kebiasaan yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari yang menjadi kebiasaan tetapi sebenarnya hal tersebut salah dari segi hukum. Susah dan tak tahu nak cari di mana silapnya. Rasanya it's about the awareness to do and choose the right thing. Sekali lagi berlaku dihadapan mata saya. Ada seorang kakak, memakai sarung lengan. Rakan sebelahnya sedang berbual tentang bulu pada lengannya. Rakannya kemudian meminta supaya dia menunjukkan lengannya. Kakak tersebut enggan berbuat demikian dan berkata bahawa itu aurat. Saya memang tidak menyangka yang rakan kakak itu akan menjawab, "Eleh, nak cover konon. Tak payah lah nak tunjuk alim." 

Jawapan yang cukup berani. Pakai sarung lengan bukannya nak tunjuk alim. Dah memang kewajipan sabagai seorang muslimah untuk menutup seluruh badan kecuali sesetengah bahagian yang dibenarkan untuk didedahkan. Kakak tersebut pun berkali-kali mengatakan yang itu aurat tetapi malangnya tiada sekelumit rasa bersalah pun terbit diwajah rakannya atas apa yang telah diperkatakannya sebelum itu. Susahnya nak bagi kesedaran untuk orang yang tidak mahu melembutkan hatinya untuk mengikut jalan Islam yang sebenar. Kalau nak tunggu Allah berikan hidayah, tetapi diri sendiri tak mahu berusaha untuk mencarinya, sampai bila-bila pun tak ke mana. Allah telah berfirman; '...Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum tersebut sendiri mengubah nasibnya... ' (Ar-Ra'd, 11) . 

Saya tahu, saya bukanlah orang yang selayaknya untuk memberi nasihat tentang agama. Saya hanyalah seorang insan kerdil, watak picisan dalam kehidupan yang fana di dunia ini. Tapi, saya berusaha untuk mengamalkan semua yang tertulis di al-Quran dan segala yang keluar dari lidah Rasulullah s.a.w. Setiap kali sebelum melangkah keluar rumah, saya akan tengok cermin besar di tepi pintu. Tengok diri sendiri dari hujung kepala ke hujung kaki, samada saya dah cukup menutup aurat atau pun tidak. Sebab, saya akan berjalan di muka bumi Allah. Terasa malu untuk berjalan dalam keadaan yang tidak sempurna yang seolah-olah berpakaian tetapi bogel. Namun, itulah hakikat trend pakaian muslimah sekarang. Nauzubillah.. malu dan kesian tengok golongan muslimah sekarang yang terlalu terikut-ikut fesyen moden terkini. Saya bersetuju dengan pendapat seorang ustazah, beliau mengatakan, wanita zaman ini yang berpakaian tetapi bogel sebenarnya bukan wanita moden, tetapi sebenarnya wanita jahiliah. Kerana bukan mereka tidak tahu, tetapi sengaja tidak mahu mengambil tahu perkara yang benar. Sedihnya hati. So sad they took for granted things regarding on aurat especially aurat pada lengan. Saya berharap dan memohon agar saya dapat menjadi asbab ramai lagi muslimah akan menutup aurat dengan sempurna dengan setiap apa yang saya amalkan sehingga ke saat ini. Semoga Allah mencampakkan hidayah dan taufikNya kepada seluruh hambaNya. 

p/s: baru perasan banyak juga post saya yang berkisar tentang aurat..marilah bersama-sama audit diri sebelum kita diaudit oleh auditor Yang Maha Agung.sekadar untuk muhasabah diri..wassalam..  

Tuesday, May 29, 2012

Belajar melalui pengalaman

Sekadar perkongsian melalui pengalaman yang saya sendiri alami. Menamatkan degree memang tersangatlah seronok. Tapi realiti kehidupan yang sebenar bukanlah seindah seperti yang diingini. Mungkin juga bergantung kepada qada' dan qadar yang Allah sudah tentukan untuk hambaNya. Memang sengit persaingan untuk mendapat tempat di arena kerjaya. Pernah saya ditawarkan sesuatu jawatan yang boleh tahan lumayan gajinya. Dan saya sendiri telah menjalani 'training' di syarikat berkenaan selama seminggu. Mungkin Allah nak tunjukkan kepada saya dan selamatkan saya dari terus-terusan hanyut dibuai kenikmatan duniawi yang fana ini, segala baik-buruk berada di syarikat berkenaan terserlah dihadapan mata.

Paling saya ingat pabila saya dipaksa membuka aurat (bukan buka tudung, tapi kena lipat baju sehingga ke siku) jika tidak saya akan dipaksa keluar. Hal tersebut merupakan peraturan syarikat berkenaan yang saya memang tidak pernah tahu tentangnya. Syukur hari tersebut merupakan hari terakhir training saya dan pengurus tersebut tiada pada akhir waktu saya disana. Walaupun terpaksa melepaskan kerjaya yang bergaji lumayan, saya sedikit pun tidak menyesal kerana saya menginginkan keberkatan pada rezeki saya. Syukur alhamdulillah, bukti Allah itu Maha Kaya, Maha Pemberi Rezeki, sejurus selepas saya habis training, saya mendapat kerja baharu di sebuah syarikat lain. Walaupun gajinya tidaklah selumayan majikan saya sebelumnya,  cukuplah saya boleh menjaga aurat saya dengan sempurna disamping waktu solat saya pun terjaga.

Saya memang tidak pernah menyangka yang situasi seperti itu akan terjadi kepada saya. Rasa macan drama swasta kat tv. Tapi, hakikatnya saya sendiri berpeluang merasainya.    

p/s: biar sedikit asalkan berkat, apa yang ada seharusnya disyukuri..

Sunday, April 15, 2012

It's been a while since my last post. So many things to share but unable to 'curi' masa berkarya di alam blog ini. Banyak sangat perkara berlaku dalam tempoh beberapa bulan ini. Still adapting with the new environment. Hopefully 'all is well' (movie 3 idiots). hehehe..

Friday, January 13, 2012

Sepetang di Kuala Sepetang

Cuti sekolah baru-baru ini saya dan keluarga berkesempatan untuk holiday di sekitar Taiping, Perak (itu pun atas desakan oleh adik-adik yang senget dan sengal..hahaha). Memang first time holiday on weekdays. Mak pula terpaksa "bekerja" dan siap bawa laptop and printer lagi tu ke hotel. Ad hock plan, hotel pun tak sempat nak booking. Redah beberapa hotel semuanya fully booked. Luckily ada yang available untuk kami bermalam di sana. Memang tak sangka, hotel yang boleh tahan dengan harganya pun reasonable. Flamington Hotel. Yang bestnya, dari tingkap boleh nampak Taman Tasik Taiping, and kat rooftop dia ada swimming pool dan boleh nampak view bukit larut dari situ. Kalau naik ke rooftop awal-awal pagi, memang sangat best, boleh hirup fresh air, nampak bukit larut yang diselubungi kabus dan ramai yang ambil kesempatan untuk berjogging disekitar tasik. Yang tak boleh dilupakan, semasa breakfast, saya sempat merasai bread pudding. Memang yang paling sedap saya pernah rasa.

view dari rooftop

Sempat juga kami sekeluarga merasai juadah enak di kuala sepetang iaitu mee udang mak jah. Memang terbaik (tiru gaya boboi boy). Kalau tak silap restoran tersebut pernah dikunjungi ole crew jalan-jalan cari makan. Rasa mee udangnya, terangkat. Dalam satu mangkuk mee, ada lebih kurang 10 ekor udang yang sememangnya fresh belaka. Terasa kemanisan udangnya. Semua menu yang disediakan di restoran tersebut berasaskan udang semata-mata. Kuala Sepetang atau nama asalnya Port Weld, merupakan tempat yang sangat famous dengan mee udang. Sepanjang perjalanan ke restoran mak jah ini, terdapat gerai-gerai kecil yang turut bersaing menyediakan juadah mee udang. Tapi, restoran mak jah ini memang famous antara yang lain, sampaikan pengunjung yang datang bukan sahaja berkereta, tapi siap rombongan dengan bas. Jangan risau, service yang diberikan turut memuaskan. Kami sekeluraga turut merasai kesedapan mee udang sampai dah nak muak tengok udang yang terlampau banyak. Harga semua makanan disitu ok, berpatutan. Memang sepetang lah kami disana meluangkan menikmati dinner yang agak awal dari yang sepatutnya.


p/s: dah macam travelog airasia pula..hahaha. apepe pon, sharing is caring, sharing is loving...

Followers