Subscribe to RSS feeds

Thursday, May 20, 2010

memberi selagi mampu

Terasa diri ini sangat dekat dengan maksud ayat tersebut. Bukan nak bangga diri atau seumpama dengannya, tapi hakikat. Baru terasa selama ini maksud 'Nur Hana' iaitu cahaya kegembiraan, kebahagiaan, seakan-akan jarang memberikan maksud tersebut kepada tuan empunya diri. Tapi, sangat-sangat berharap orang sekeliling dapat merasakan 'cahaya' ini.

Sepanjang tempoh menjalani practical di salah sebuah kilang makanan di Selangor, banyak pengalaman ditimba. Manis ada, dan secara jujurnya banyak yang pahit. Semoga yang pahit itu akan menjadi kenangan dimasa mendatang. Pahit-pahit macam ubat pun baik sebagai penawar. Hopefully.

Sedih bila diingat kembali. Macam kena buli je. Tapi, terharu sebab salah seorang supervisor di sana, pernah cakap antara semua yang practical, saya antara yang terbaik (kalau tak silap la or kalau itu perkara yang dimaksudkan). Tak tahu la tang mana yang 'terbaik'. Terbaik sebab senang mengikut perintah atau terbaik menurut perintah ke tak tau la. Banyak juga yang dia telah cadangkan sebagai langkah persediaan kepada mahasiswa yang bakal bergraduat dan menempuhi alam pekerjaan nanti.

Terasa banyak keringat yang dah dicurahkan ke atas 'tanah' dimana tempat saya berpractical. Penat lelahnya hanya Allah sahaja yang tahu. Hanya Dia sahaja tempat mengadu tak kira makan au zaman. Dia lah sahaja yang aku ada. Terasa sangat jauh dengan yang lain. Pernah diri ini seakan mahu sahaja menangis di stor. Tekanan yang pernah diterima memang maha dahsyat. Tapi, terus ingat dengan lagu Tika Dinihari. Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuan seseorang hamba itu. Verily, after each difficulty, there is a relief.

Walaupun pernah rasa cam nak lepaskan marah yang membuak-buak itu, tapi fikir balik, macam tak ada faedahnya. Biarlah orang kata apa sekalipun. Seems like orang lelaki kat tempat kerja tu (department la), macam menyampah plus meluat tengok kita, ade ku kesah. Biaq pi la. Dah itu prinsip hidup saya. Nak buat macam mana. Bukan nak kata 'anti-boy' ke apa. Tahu yang antara lelaki dan perempuan memang ada batas. Tengok cara dia orang bergaul memang la macam orang yang tak tahu hukum hakam. Bertepuk tampar antara bukan mahram sesuka hati. Pandang 'slex' je la yang mampu. Nak buat lebih takut orang kata yang bukan-bukan. Harap-harap mereka yang terbabit itu faham la signal yang diberi.

Memang dalam hidup ni kena bersaing. Baik good competition or sebaliknye. Tapi, kalau boleh memang nak elakkan. Biar hidup ini fair and square. Kan senang. Semua dilayan sama rata. Tiada diskriminasi dan tiada kompromi.. diskriminasi menjatuhkan aku. hehehe..Kenapa semua nakkan perhatian lebih? Asal boleh nak menyerlah jauh dari yang biasa. Perlu ke? Malas nak fikirkan persoalan itu. Semua sama sahaja. Sedar diri memang tak boleh lebih dari orang lain. Memang dari sekolah lagi dah tahu hakikat ni. Sekarang apatah lagi. Hampir-hampir ke tahap bertemu dengan kehidupan 'real life'.

Penat dah nak hiraukan semua tu. Biar la hidup ini tidak seperti yang diminta. Allah tak bagi apa yang kita minta, sebaliknya diberi Nya apa yang kita perlukan. May be ada hikmah disebalik semua itu. Mungkin bukan sekarang, tapi akan datang barangkali.

1 comment:

Followers