Subscribe to RSS feeds

Sunday, May 30, 2010

'penghalau nyamuk'

Ada seorang hamba Allah yang cukup murah hati membelanja kami seisi rumah sempena nak habis practical. Makan di gerai yang cukup famous dengan kueh tiaw kung fu nya. Memang tak de tempat boleh challenge kueh tiaw kung fu dia. The best in town. Sesudah habis makan, borak-borak sekejap dengan kakak tukang belanja tu. Ye la, lepas-lepas ni tak tahu bila boleh jumpa lagi.

Yang tak sedap dan menyebalkan hati saya, ada pula hamba Allah yang tak pernah nak consider dengan orang sekeliling. Selamba badak je dia merokok. Badak pun tak selamba macam tu. Geram sungguh. Dah la boleh datangkan mudarat kepada orang. Kalau pun dia addicted or tak boleh tahan kalau tak merokok, please, please, please keluar dari situ dan merokok kat tempat lain. Tak de lah orang sekeliling yang tak selesa dengan asap pembunuh tu nak sumpah seranah kepada orang yang mengeluarkannya.

Tak sedar boleh jadi pembunuh. Bunuh diri sendiri, satu hal lagi bunuh orang lain pun boleh. Nampak dah api dekat hujung mulut. Tinggal nak nampak api kat neraka je nanti. Dinner yang best telah dicemari dengan 'pengahalau nyamuk' yang sememangnya tidak diperlukan disitu.

No comments:

Post a Comment

Followers