Subscribe to RSS feeds

Monday, May 31, 2010

say taknak to daging...titik!!!

Sebenarnya tak de la sampai taknak. Cuma kena kurangkan sedikit untuk masa ini. Demi kebaikan masa depan. Sejak dua menjak ni, lepas makan daging je, kepala terus sakit. Buat research kat Google and the result stated that it may be one of the symptom of hypertension or also called as high blood pressure. It seems scary for me because it may lead to heart attack and stroke. Also categorized as silent killer.

Baru je nak berjinak-jinak nak suka makan daging dan merasakan kenikmatan daging black paper, nampaknya nikmat tu kena tarik balik. May be salah satu sebab yang saya telah mengabaikan kesihatan saya dengan tidak bersenam. Hurm.. Hana, batter you make a move fast before everything getting worse. Kesihatan itu pun satu nikmat dari Allah yang harus dijaga.

To sum up, saya harus buat exercise at lease 3 times a week for about 10 minutes as suggested by the expertise. Semua ini adalah untuk mengembalikan kenikmatan sementara yang telah ditarik balik. Semoga nikmat tersebut boleh dinikmati kembali disamping saya boleh merasai nikmat yang lain. Ameen..

Sunday, May 30, 2010

'penghalau nyamuk'

Ada seorang hamba Allah yang cukup murah hati membelanja kami seisi rumah sempena nak habis practical. Makan di gerai yang cukup famous dengan kueh tiaw kung fu nya. Memang tak de tempat boleh challenge kueh tiaw kung fu dia. The best in town. Sesudah habis makan, borak-borak sekejap dengan kakak tukang belanja tu. Ye la, lepas-lepas ni tak tahu bila boleh jumpa lagi.

Yang tak sedap dan menyebalkan hati saya, ada pula hamba Allah yang tak pernah nak consider dengan orang sekeliling. Selamba badak je dia merokok. Badak pun tak selamba macam tu. Geram sungguh. Dah la boleh datangkan mudarat kepada orang. Kalau pun dia addicted or tak boleh tahan kalau tak merokok, please, please, please keluar dari situ dan merokok kat tempat lain. Tak de lah orang sekeliling yang tak selesa dengan asap pembunuh tu nak sumpah seranah kepada orang yang mengeluarkannya.

Tak sedar boleh jadi pembunuh. Bunuh diri sendiri, satu hal lagi bunuh orang lain pun boleh. Nampak dah api dekat hujung mulut. Tinggal nak nampak api kat neraka je nanti. Dinner yang best telah dicemari dengan 'pengahalau nyamuk' yang sememangnya tidak diperlukan disitu.

Wednesday, May 26, 2010

bila dah besar



Bila dah besar, semua berubah. Of course. Its was so obvious. Tak payah digambarkan melalui kata-kata pun dah tergambar dek mata. Firstly, about family. Before this, during my childhood, I often quarreled with my siblings. Especially with my younger brother. Dah la the one and only brother I ever had. Sampaikan mak dah penat nak melayan karenah anak-anaknya. MoU untuk buat perjanjian damai memang tak pernah nak dimeterai. Tapi, semenjak dah besar ni, semenjak duk jauh dengan family, adik pula diterbangkan ke Kuching, rindu bertandang pula. Memamng hubungan antara ahli keluarga tak boleh terputus ibarat air yang dicencang tak kan putus. Yang tinggal kat rumah sekarang dua orang sahaja. Mak pernah kata, yang tinggal kat rumah pun dah ibarat macam 'full house'. Telatah mengalahkan orang yang beranak ramai. hahaha.. Sangat berbeza dengan dulu-dulu.

Bila dah besar, lagi banyak bebanan yang tergalas. Susahnya jadi orang basar ni. Bukan orang besar means orang kenamaan. Orang dewasa. Lagi-lagi kalau memang dilahirkan sebagai anak sulung. Bukan sahaja kepada family, study, ummah, agama, negara. All of that were included as my obligation that I have to fulfill no matter what. Seram dengan title seorang final year student. Its true I'm so excited to finish up my studies. But then, thinking about PD and FYP, uhuuu like a nightmare. Untuk berjuang di jalan Allah pula, selalu sangat hangat-hangat tahi ayam. Susahnya nak terus istiqamah. Teruknya saya. Selalu saya berdoa agar Allah bantu dan permudahkan saya untuk berkhidmat dijalanNya. Ameen..

Bila dah besar, banyak benda yang harus difikirkan. Penatnya jadi orang besar. Syukur sangat uban tidak muncul lagi. Kiranya awet muda lah ni. hehehe.. Teringat pesanan mak, ajal maut tak mengenal umur. Sekarang ni bukan sahaja orang tua yang dipanggil Allah, tapi, orang muda belia remaja pun ramai juga. Memang lah tak disangkal yang dipanggil Allah itu, maknanya Allah sayangkan dia. Fikir-fikir balik, kalau amalan setakat suam-suam kuku, cuaknya bukan main. Timbul keinsafan nak beribadat lebih (semoga boleh istiqamah). Mak cerita, ramai kawan-kawan adik yaang dah dipanggil menghadap Allah. Innalillahi wa inna ilaihurajiun.. Tak cukup dengan adik, Mak pun memanjangkan 'alunan merdunya' kepada saya. It was so blessed to have a mother like my mak. Menjadi alarm kepada saya dikala saya alpa dan leka.

p/s: diharapkan, kepada sesiapa yang dah besar tu, jangan la lupa diri, lupa dunia. kalau dah besar tu maksudnya dah nak dekatlah dengan ajal Allah. renung-renungkan dan tingkatkan amalan.

Sunday, May 23, 2010

nak ke tak nak

Dah bertahun lamanya tak bersua muka dengan insan ini (hanya dikenali sebagai hamba Allah). Terpisah antara jarak dan masa. Kalau berhubung sekalipun hanya melalui alam maya. Kalau difikir-fikir dan dikenang-kenang kembali, this person gave a great influence to me and my life. Each words and advices from this person seems like an order for me to obey with no doubt and without any objection. Macam lembu dicucuk hidung, saya boleh ikut sahaja. Nak buat macam mana, dah semua kata-kata dan nasihatnya benar-benar belaka. Kalau tolak mentah-mentah confirm tempah ticket ke an-nar.

Bukannya susah nak melupakan orang. Tak kiralah siapa pun. Tapi, saya rasa saya yang tak nak. Betapa ceteknya akal dahulu(time in zaman jahiliah), kalau nak rasa dekat dengan Allah, bayangkan dia. It was so silly. Ingat kat dia dulu baru ingat kat Allah. Nak berubah jadi baik pon dulu sebab dia. Teruknya saya.

Alhamdulillah, now everything almost changed. Tanpa orang ini, saya mampu istiqamah dengan transformasi yang saya buat dahulu. Tidak lagi mengharap kepada 'idola' saya ini. Cuma saya harap untuk menjadi sehebat dia dalam pelajaran dan agama terutamanya because I want Islam as the way of life. Jadi, rasanya saya tak perlulah nak lupakan dia pun. Cukuplah sekadar ingat-ingat lupa. Walaupun kadang-kadang saya rasa sangat terseksa bila terkenangkannya kembali.

p/s: banyak betullah songeh saya ni, bukannya dapat pahala pun ingat dia ni. lebih baik ingat kat Dia. banyak pahala boleh kumpul. siap boleh dapat ketenangan lagi (surah Ar-Ra'd, 28)...

Thursday, May 20, 2010

memberi selagi mampu

Terasa diri ini sangat dekat dengan maksud ayat tersebut. Bukan nak bangga diri atau seumpama dengannya, tapi hakikat. Baru terasa selama ini maksud 'Nur Hana' iaitu cahaya kegembiraan, kebahagiaan, seakan-akan jarang memberikan maksud tersebut kepada tuan empunya diri. Tapi, sangat-sangat berharap orang sekeliling dapat merasakan 'cahaya' ini.

Sepanjang tempoh menjalani practical di salah sebuah kilang makanan di Selangor, banyak pengalaman ditimba. Manis ada, dan secara jujurnya banyak yang pahit. Semoga yang pahit itu akan menjadi kenangan dimasa mendatang. Pahit-pahit macam ubat pun baik sebagai penawar. Hopefully.

Sedih bila diingat kembali. Macam kena buli je. Tapi, terharu sebab salah seorang supervisor di sana, pernah cakap antara semua yang practical, saya antara yang terbaik (kalau tak silap la or kalau itu perkara yang dimaksudkan). Tak tahu la tang mana yang 'terbaik'. Terbaik sebab senang mengikut perintah atau terbaik menurut perintah ke tak tau la. Banyak juga yang dia telah cadangkan sebagai langkah persediaan kepada mahasiswa yang bakal bergraduat dan menempuhi alam pekerjaan nanti.

Terasa banyak keringat yang dah dicurahkan ke atas 'tanah' dimana tempat saya berpractical. Penat lelahnya hanya Allah sahaja yang tahu. Hanya Dia sahaja tempat mengadu tak kira makan au zaman. Dia lah sahaja yang aku ada. Terasa sangat jauh dengan yang lain. Pernah diri ini seakan mahu sahaja menangis di stor. Tekanan yang pernah diterima memang maha dahsyat. Tapi, terus ingat dengan lagu Tika Dinihari. Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuan seseorang hamba itu. Verily, after each difficulty, there is a relief.

Walaupun pernah rasa cam nak lepaskan marah yang membuak-buak itu, tapi fikir balik, macam tak ada faedahnya. Biarlah orang kata apa sekalipun. Seems like orang lelaki kat tempat kerja tu (department la), macam menyampah plus meluat tengok kita, ade ku kesah. Biaq pi la. Dah itu prinsip hidup saya. Nak buat macam mana. Bukan nak kata 'anti-boy' ke apa. Tahu yang antara lelaki dan perempuan memang ada batas. Tengok cara dia orang bergaul memang la macam orang yang tak tahu hukum hakam. Bertepuk tampar antara bukan mahram sesuka hati. Pandang 'slex' je la yang mampu. Nak buat lebih takut orang kata yang bukan-bukan. Harap-harap mereka yang terbabit itu faham la signal yang diberi.

Memang dalam hidup ni kena bersaing. Baik good competition or sebaliknye. Tapi, kalau boleh memang nak elakkan. Biar hidup ini fair and square. Kan senang. Semua dilayan sama rata. Tiada diskriminasi dan tiada kompromi.. diskriminasi menjatuhkan aku. hehehe..Kenapa semua nakkan perhatian lebih? Asal boleh nak menyerlah jauh dari yang biasa. Perlu ke? Malas nak fikirkan persoalan itu. Semua sama sahaja. Sedar diri memang tak boleh lebih dari orang lain. Memang dari sekolah lagi dah tahu hakikat ni. Sekarang apatah lagi. Hampir-hampir ke tahap bertemu dengan kehidupan 'real life'.

Penat dah nak hiraukan semua tu. Biar la hidup ini tidak seperti yang diminta. Allah tak bagi apa yang kita minta, sebaliknya diberi Nya apa yang kita perlukan. May be ada hikmah disebalik semua itu. Mungkin bukan sekarang, tapi akan datang barangkali.

Followers