Subscribe to RSS feeds

Monday, January 3, 2011

buku lama vs buku baru

Mentang-mentanglah baru melangkah ke tahun baharu, semua pakat pasang azam baru. Alhamdulillah..kalau itu semangat yang ditunjukkan disamping berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Tapi, harus diingat, ukur baju di badan sendiri.

Berkesinambungan dengan Maal Hijrah yang telah disambut sebelum new year, saya bertekad untuk memperbaiki 4 perkara teras dalam kehidupan saya.

1) solat + ibadah
2) hidup bersyariat
3) aurat
4) ikhtilat

Memang selama ini semua perkara tersebut menjadi "makanan" harian saya. Cuma pemanbahbaikan dari segi "resepi"nya harus dilakukan. R&D harus dilakukan secara mantap dan berkesan untuk menjamin keberkesanan "produk" yang terhasil nanti.

Bagi saya, 3 perkara diatas itu memang agak mudah kerana ia melibatkan usaha individual saya. Hablu minallah. Antara hubungan saya dengan Allah. Tapi, bila masuk bab hablu minannas, untuk perkara yang ke-4 susah sikit rasanya. Ikhtilat atau perhubungan atau percampuran antara lelaki dan perempuan memang sewajarnya dijaga. Nak 1000 daya, taknak 1000 dalih. Rata-rata trend masakini hal berkaitan ikhtilat ini selalu diambil enteng. Bukannya nak suruh anti-social, tapi berpada-pada. Kalau dah sampai bertepuk-tampar antara lelaki dan perempuan, keluar berdua-dua, utamakan sahabat berlainan jantina lebih dari yang sama jantina, tak ke tidak adil di situ. Allah dah benyak kali berpesan. La takrabu zina. Jangan hampiri zina. Susah sangat ke nak pegang, nak ikut. Kalau dah tak boleh control, nikah cepat-cepat. Tiada hubungan yang halal antara lelaki dan perempuan melainkan ikatan pernikahan. Yang perempuan, duk menangis-nangis mengadu si lelaki curang. Dalam masa yang sama sayang, tak boleh nak berpisah. Bagi saya, kalau senario itu berlaku, check balik pada diri sendiri, muhasabah diri. Dah cukup ke kasih sayang yang kita semai untuk Pencipta kita? Yang Mengasihi kita sentiasa. Dah cukup ke kasih sayang untuk diri sendiri, keluarga sendiri? Mungkin kerana itu, belum sampai waktunya untuk kita memadu kasih dengan insan yang bergelar ajnabi bagi kita. Kalau berbicara tentang relationship ni, memang tiada noktahnya. Kadang-kadang macam melepaskan batuk ditangga sahaja. Masuk angin keluar asap. Sedih rasanya. Lagi sedih kalau keluarga dan sahabat baik sendiri terlibat sama. Tapi, hidayah milik Allah. Saya hanya mampu berdoa dan berusaha agar diri sendiri tidak terjerumus sama dan supaya yang terlibat kembali ke pangkal jalan.

Semoga dipermudahkan segala urusan. Aminnn...



No comments:

Post a Comment

Followers