Ketika concentration bacaan toxicology hampir merudum, teringat peristiwa ini. Tak tahu betul ke tak terminology tersebut. Tapi, yang penting mesej dapat difahami. Beberapa hari lepas, saya sempat berkunjung ke sebuah kedai kain di Jln. TAR. Tak seperti kebiasaannya, agak lengang. Mungkin sebab diluar musim perayaan.
Dah habis menimbang tara dan membuat pilihan, terus membuat bayaran dikaunter dan terus bergerak menuju ke pintu. Sebelum itu, ternampak duit yang dicicirkan oleh seseorang. Terus memberitahu operator berdekatan. Respon yang diberikan;
"tak pe la dik, amik je..rezeki awak. orang tu pun mesti tak datang balik. kite orang pun tak leh nak wat pape."
Saya menjadi serba salah. Mana taknya, bukan hak kita. Mana boleh ambil sesuka hati. Bagi saya itu bukan dikira rezeki. Kebetulan ada 2 orang pelanggan lain yang turut sama memerhatikan situasi saya. Respon yang sama diberikan.
"rezeki awak tu..amik je"
Saya menjadi serba salah lagi dan speechless. Mujur operator disitu memberi cadangan dan saya memang tidak mahu mengambil duit tersebut.
"tak pun, bagi je mane-mane orang yang mintak sedekah kat tepi-tepi jalan tu.."
Saya rasa itu adalah solusi terbaik untuk waktu itu dan terus keluar dan menuju mana-mana orang yang berkenaan. Rezeki untuk orang yang lebih layak menerimanya. Sedekah dihulurkan atas orang yang mencicirkan wangnya. Saya menjadi perantara bagi menyampaikan hasrat orang yang mencicirkan atau tidak sengaja mencicirkan wang tersebut.
p/s: barangkali itu satu ujian dari Allah untuk menguji kejujuran hambaNya.