Subscribe to RSS feeds

Thursday, April 1, 2010

3M

Mengingatkan kembali kepada syllabus pelajarn SPM dahulu. Dasar Pendidikan negara yang menekankan membaca, menulis dan mengira kepada semua urid sekolah. Lupa akan pengasas kepada gagasan ini, namun 3M ini membawa maksud yang berbeza bagi saya. 3M merupakan satu visi dan misi yang harus saya capai sepanjang tempoh perjalanan saya di dunia ini sebelum ke destinasi 'seterusnya' nanti.

3M membawa maksud kepada Mekah, Madinah dan Mesir.







Sudah semestinya jika berkemampuan setiap orang wajib menunaikan haji dan umrah di Baitullah dan melakukan ziarah ke makam Baginda Rasulullah S.A.W.. Menjadi salah sebuah daripada perkara-perkara 'wonder' atau keajaiban dunia, siapa yang mahu melepaskan peluang untuk ke sana. Nawaitu saya mudah sahaja. Mahu berhadapan in live with the kiblat which is being as the direction for the Muslim all over the world to pray. Surely, rasa syahdu akan terbit bilamana berhadapan sendiri dengan Kaabah di Masjidilharam nanti. Kalau diizinkan dan diberi kesempatan, saya mahu semahunya melafazkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada ALLAH nanti. Of course I will not going there alone. It was compulsory that a women have to go there with their mahram. Tidak boleh tidak harus menunggu seseorang yang bergelar 'illegal partner' lah jawabnya. Seperti mana yang pernah mak katakan, "kalau nak pergi sana, tunggu la dengan mahram. Mak ngan abah nak pergi lagi insyaAllah.." Siapalah yang bakal menjadi mahramku nanti ya..

Di Madinah pula, jika diizinkan Allah, saya ingin sekali berdoa dan bersolat di Raudhah di Masjid Nabawi. Juga ingin sekali saya menziarahi sekitar Madinah supaya saya dapat merasai sendiri tempat di mana Insan Agung dalam sirah islamiah pernah berjuang demi menegakkan Islam tercinta. Di sinilah juga tertanamnya jasad Kekasih sekalian umat Islam yang melafazkan 'ummati, ummati, ummati' umatku, umatku, umatku di hujung nyawanya. Sungguh menggamit rasa. Walaupun saya sudah berkali-kali mendengar sirah akan kewafatan Rasulullah, namun air mata ini tidak pernah segan untuk berada di tubir mata. Betapa kasih dan sayangnya Baginda kepada umatnya.

Untuk berada di Mesir, tidak lain dan tidak bukan untuk menjejak sebanyak mana sirah islamiah yang menjadikan Mesir dangan jolokan Bumi Anbia. Bukan taksub dengan piramid-piramid itu, tetapi peristiwa di sebalik pembinaan tersebut dan kaitannya dengan Nabi-nabi terdahulu. Sebenarnya bukan itu sahaja. Ini juga kerana 'seseorang' yang pernah belajar di bumi tersebut. That person influent me a lot especially to my way of life with his advices and his characteristics. In record, he was the most remembered person in my live after 010101(hanya Dia dan saya tahu code ini). Impress right..!! Hehehe..

Itulah sedikit sebanyak senarai 'to do' dalam hidup saya. Hopefully it will be fulfilled sooner or later. InsyaALLAH..

No comments:

Post a Comment

Followers