Subscribe to RSS feeds

Thursday, September 29, 2011

sukasuki : 100+vanillalime


Sekadar mengisi masa terluang. Resipi yang nampak macam common. Tapi nak share juga dengan semua, kan sharing is caring. Most people called this kind of drink as 'float' which commonly use carbonated/soft drink like pepsi or coke added with ice cream. But, for this time around, I used 100+ and 'rare species' ice cream vanilla&lime (I used to search this kind of ice cream in quite number of shops, but only found it in tesco..huhuh).

The left image indicated the ingredients used and the right one merely the serving suggestion. Sorry for the quality of the image. The image taken only using an ordinary digital camera. Later on if I got extra fulus, pray for me that I can afford to buy dslr. InsyaAllah..

p/s: cuba, try, test..hehehe.. semestinya, S&S (Simple & Sedap)

Wednesday, September 21, 2011

Disebalik lafaz

Adapted from a friend of mine, posted via facebook..

“Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dengan mas kahwin sebanyak …”
Bunyinya mudah, singkat & cepat? So, ini makna yang sebenarnya; Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa sahaja dosa yang si dia buat, dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya, aku tanggung & bukan lagi ibubapa si dia & aku tanggung semua dosa bakal anak-anak ku, jika gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka & malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah."

Sekadar renungan. Bagi sang suami, jangan ambil enteng. Tanggungjawab amatlah besar. Sang isteri pula jangan ambil mudah, patuh dan taatlah pada suami yang sentiasa menjadikan tujuan perkahwinan hanya kerana Allah. Kedua-duanya wajib melengkapkan diri dengan ilmu dunia dan akhirat beserta ilmu rumahtangga sebelum melangkah ke gerbang baitul muslim. Sesungguhnya dengan cara sedemikian pasangan Adam dan Hawa itu dapat menyempurnakan sebahagian daripada agamanya.

Tuesday, September 13, 2011

Wanita

kau digelar sebagai penyeri dunia
hadirmu melengkap hubungan manusia
bukan sahaja dirindui yang biasa
malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

akalmu senipis bilahan rambut
tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
jua hatimu bak kaca yang rapuh
kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

tercipta engkau dari rusuk lelaki
bukan dari kaki untuk dialasi
bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat dibahu untuk dilindung
dekat jua hati untuk dikasihi
engkaulah wanita hiasan duniawi

mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
jika datangnya dari kayu yang bengkok
begitulah peribadi yang dibentuk

didiklah wanita dengan keimanan
bukannya harta ataupun pujian
kelak tidak derita berharap pada yang binasa

engkaulah wanita istimewa

sedarilah insan istimewa
bahawa kelembutan bukan kelemahan
bukan jua penghinaan dari Tuhan
bahkan sebagai hiasan kecantikan


Monday, September 12, 2011

Impian Kasih

Hehe..terjiwang pula. All of sudden, teringat kat this song. Agak lama juga lagu ni. Ingat lagi dulu, masa lagu ni tengah hit, sangat suka dekat bait-bait lirik dia. Pernahlah juga tanam azam nak jadi seorang wanita just like the women described in this song. Memang terasa satu pujian dan penghormatan yang sangat mendalam dekat seorang yang bergelar wanita. Lagu ini juga macam pembakar semangat untuk jadi muslimat yang baik. Terbaik hanya untuk Allah, Rasulullah, suaminya dan keluarganya. Sepertimana termaktub dalam surah An-nur, 24:26.

" Impure women are for impure men and impure men for impure women, and pure women are for pure men and pure men for pure women. They are free from those scandals which the slanderers utter. There is forgiveness for them and honourable provision."

Menurut tafsiran, ayat tersebut diturunkan apabila Saidatina A'isya menerima fitnah dan ianya membuktikan kesuciannya kerana Rasulullah s.a.w. adalah insan terbaik sepanjang zaman maka pastilah hanya wanita terbaik yang dapat mendampingi baginda.

Friday, September 9, 2011

Lembaran baru

Huhuh..lame bebenor tak post sebarang entri. Dah bersawang rasanya blog kesayangan ini. Duduk kat rumah, tapi tak cukup tanah nak melangkah. Sibuk teramat. Sebenarnya tak terlintas idea. Kalau ada pun masa tak mengizinkan. Dah ada masa macam dah basi pulak nak post entri. Terbiar burn macam tu sahajalah. Rasa lepas ini nak tambah satu lagi 'Label'. Since my closer friends and relatives know me as person yang boleh memasak (boleh la, sedap ke tak belakang kire, mostly orang kata sedap, hahaha.. naik lif tekan sendiri), so nak share la serba sedikit recipe yang orang boleh cam ianya air tangan saya. And of course simple and sedap. Nantikan kemunculannya.

Followers