Subscribe to RSS feeds

Tuesday, November 30, 2010

Langkah kanan

Alhamdulillah.. syukur. Hari ini saya pergi ke MAHA (Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism) 2010 kat MAEPS, Mardi, Serdang (dekat je dengan UPM). Memang seawal 9 pagi banyak kenderaan beratur panjang nak ke sana. Acara julung-julung kali diadakanlah katakan. Dwi-tahunan pula tu. Terpaksalah naik motor nak ke sana. Cepat sikit sampai.

Plan awal memang ke sana seorang. Macam malas nak ajak kawan. Masing-masing sibuk buat FYP. Pergilah ronda-ronda kat semua dewan. Sesaknya yang amat. Dah macam tin sardin dah kat semua dewan yang ada (dari A to D). Plan nak balik awal terbantut bila ada seorang akak yang offer join kelas seni tampal-tampal (tak ingat namanya). Sebab free, join je. Ingatkan sekejap. Dekat 1 jam juga la buat seni dan segala bagai tu. Tak sangka, ingat creativity dah berkarat, tangan dah kaku nak buat art work. Jadi juga sebuah 'master piece'. Cewahhh.. Bukan nak bangga, riak lagi la bukan. Dah rezeki namanya. Ingatkan suka-suka je, macam aunty Chinese yang duduk sebelah saya. Sempat juga bersembang-sembang. Buat je muka manis. Walau dengan sesiapa pun. Aunty tu, even dengan another aunty Chinese next to her pun dia tak berapa tegur. First time ni rasa orang syok sembang dengan saya. Hehehe..

At the end, the organizer announce that they will choose the best 3 'master piece' for some gift. Luckily, today is my day, I was announced as 1st runner up. Terkejut juga dibuatnya. Dapat egg cracker/separator. Jadilah. Nama pun bidan terjun.

p/s: gambar di atas merupakan the first 'master piece' of tampal-tampal art work. rasanye lepas ni boleh buat business kut..(sementara tengah hangat English style decoration)

Friday, November 26, 2010

wanita & bidadari

Bila yakin tlah tiba,
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga

Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipenantian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu sepenuh hati...

Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata

Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri

Laksana Adam dan Hawa
Turun kebumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan

Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna

Tak tahu kenapa kebelakangan ni terasa nak post something yang berkaitan dengan lagu sahaja (may be sebab sekarang ni hanya bertemankan lagu sahaja kut almaklumlah keseorangan habiskan final year project). Macam kali ni, tentang bidadari. Seronoknya rasa kalau lagu ini ditujukan kepada diri sendiri. Lagu ni pun sebenarnya jumpa masa baca novel Versus by Hlovate (credit to the writer). Memang best lagu ni. Macam nak motivate bakal-bakal suami untuk mencari suri hati. When look at the title, terlintas di kepala macam ditujukan untuk mujahid-mujahid yang berjihad fi sabilillah. Ye la, tujuannya untuk mencari syahid dan dianugerahkan Allah bidadari di syurga kelak.

Andai di syurga perhiasannya adalah bidadari
Andai di dunia perhiasannya adalah wanita
Wanita yang menjadi perhiasan bukan hanya didasari kepada kecantikan
Kerana kecantikan tidak membawa makna
Akan pudar dimamah usia
Alangkah beruntungnya wanita solehah
Yang dijaga serba-serbi
Agamanya, akhlaknya, pergaulannya, budi dan santunnya
Semata-mata mencari redha Ilahi
Beruntunglah barangsiapa yang berjaya menakluki wanita solehah
Wanita acuan al-Quran
Memilikinya ibarat memiliki seluruh perhiasan yang ada di Dunia ini
Kerana
"The world and all things in it are precious
But the most precious thing in it is virtuous women"
Juga bergelar bidadari
Penyeri syurga baitul muslim di Dunia
Andai semua terjaga
Dilanjutkan hingga ke Syurga hakiki kelak
Hanya dengan berlandaskan
Bersatu kerana Yang Satu

Pesanan kepada pembaca (yang sudi baca la) juga kepada diri ini, jadikanlah matlamat hidup untuk mengejar redha Allah. Supaya diangkat hijab untuk menatap wajah-Nya. Bersua muka dengan Rasulullah kekasih Allah, yang merupakan nikmat teragung dan ganjaran firdausi semestinya. Dengan izin-Nya. Aminn~

Wednesday, November 24, 2010

ا is for الله



This song was recorded by Yusuf Islam a.k.a. Cat Stevens which actually dedicated to his daughter, purposely to teach her the arabic alphabet. The title given was A for Allah. But I think he should change it to ا is for الله.

english alphabet starting with letter A; A is for Allah
arabic alphabet starting with letter ا ; ا is for الله

Lagu yang sangat bagus dan sesuai diperdengarkan untuk kanak-kanak bagi mengenal huruf-huruf jawi beserta dengan contoh perkataan bagi meningkatkan proses penghafalan mereka. Janganlah asyik dok bagi kanak-kanak dengar VCD A for Apple sahaja. Haruslah diseimbangkan kedua-duanya.

Baik huruf rumi atau jawi, permulaan alphabet A dan ا digunakan untuk mengeja Allah. Itu menunjukkan Dia lah yang memulakan segala-galanya. Sepertimana asma ul-husna, Al-Awwal (Maha Awal). Maha Suci Allah. Sesungguhnya hanya Dia yang selayaknya disembah, dipuja dan dipuji.


Thursday, November 18, 2010

indahnya kata-kata seorang kekasih...

As a food technologist (to be, inshaAllah), banyak benda yang saya pelajari dengan mendalam tentang makanan (kadang2 rasa takut nak makan pun ade). Masa di semesta 5, saya dan semua coursemates ambil satu subjek ni, Halal Food (fst 4001). The uniqueness about this subject is, it's not only compulsory for a muslim students, but also for non-muslim. Nak tak nak duduk la dengan orang yang hanya faham pasal halal, if and only if not contaminated with pork. Memang sangat la cetek ilmu.

Hari tu ada terbaca artikel dekat iluvislam.com, tak ingat tajuknya apa. Tapi sedikit sebanyak berkisar tentang seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w. berkenaan kesucian air laut. Diriwayatkan oleh Malik dan Syafi'e, Rasulullah s.a.w. bersabda, "laut itu suci, lagi menyucikan dan bangkai haiwannya halal".

Kalau ditelitikan secara straight to the point, memang orang akan sangka yang "bangkai" tersebut adalah carrion atau haiwan yang sudah mati. Tapi, jika ditelitikan secara halus, ada maksud tersirat disitu. Sepertimana yang pernah saya pelajari dahulu, all animal that only can live in the sea is halal for muslim except poisonous animal, intoxication and harmful to human (also applicable for plant sources). But then, bangkai or carrion categorized as haram.

Menjadi persoalan bukan tentang apa yang dimaksudkan oleh hadis tersebut. hehehe.. bukan ke ikan kalau dikeluarkan dari air ianya akan menjadi nyawa-nyawa ikan? Sama lah juga perihal hadis tersebut. Mana ada ikan yang segar-bugar tanpa air. Secara automatik menjadi "bangkai' setelah dikeluarkan dari air. Hebat. Penggunaan istilah yang memerlukan daya pemikiran 'extra' sedikit untuk memahaminya (kbkk kut). Betapa indahnya kata-kata seorang Rasul yang memang setanding dengan peribadinya. Akhlak nabi seperti al-Quran. Al-Quran pula mempunyai gaya bahasa yang sangat indah, tak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Alangkah bagusnya kita yang mengaku sebagai umat Muhammad s.a.w. andai dapat mempraktikkan setiap sunnahnya. Tepuk dada tanya iman.

(Tukar topik jap) Berbicara tentang hijrah, confirm ramai yang berhasrat untuk berhijrah, especially nak jadi 'baik'. Definisi 'baik' itu pun sebenarnya bergantung kepada orang. Bagi saya, berhijrah untuk menjadi lebih baik keranaNya adalah yang terbaik. Hijrah bukan bererti kalah. Bukan kalah dengan situasi yang ada. Rasulullah tidak sekali-kali kalah sewaktu penghijrahan baginda ke Madinah. Bahkan Baginda s.a.w. berjaya membentuk sebuah negara Islam pertama pada ketika itu. Jadi, majulah kehadapan. Perbaiki mana yang kurang. Kejarlah dan carilah cahaya yang hakiki untuk menerangi kegelapan barzakh kelak dan menjadi petunjuk jalan ke syurga Allah. Memang, easier said than done. Tapi, berusahalah keranaNya, nescaya ada balasan yang setimpal walaupun terpaksa mengharungi liku-liku pengorbanan.

p/s: rasa macam nak ucap salam maal hijrah, tapi cam awal sangat..tak pe lah nanti wish lagi..
SALAM MAAL HIJRAH 1432

Followers