Subscribe to RSS feeds

Friday, September 17, 2010

balik-balik bende yang same..


Nak melangkah ke umur 22 tahun ini menimbulkan banyak tanda tanya. Diri sendiri, family, orang luar apatah lagi. Masing-masing duk tanya, dah ada ‘orang special’ ke? Apa, ingat orang ni takde kerja lain ke. Ingat nak kahwin je ke. Memang la tak nafikan. Bende tu pun ibadat. Dah hati ini dah dicuri and dibawak lari ke oversea, nak buat macam mana. Bukannya tak nak usaha. Dah penat kut. Tawakal je la.

Ada seorang pakcik ni, suggest suruh sambil menyelam minum air, sambil nak habiskan degree, sambil cari calon. Ingat senang ke. Pakai tangkap muat. Janji ada yang nak, yang sudi. Macam tu. Of course la kalau boleh nak yang hampir-hampir perfect (impossible la nak dapat yang perfect, ukur baju di badan sendiri la, there still a room for perfection). Perkahwinan bukan untuk sehari dua. Kahwin mestilah inginkan yang berkekalan dunia dan akhirat. Bercinta sampai ke syurga (ayat, tak boleh bla).

Apa-apa hal pun biarlah diri sendiri ni distabilkan dulu dan bersedia dengan secukupnya persiapan dan persediaan (macam sediakan bekalan untuk ke alam barzakh juga). Itu pun kira usaha juga untuk mencari jodoh. Bukan sekadar goyang kaki sahaja. Berdoa kepada Allah memang tak pernah putus, selebihnya terserah kepada Yang Sebaik-baik Perancang menentukan yang terbaik untuk diri ini. Sesungguhnya Dia lah ‘weeding Planer” yang terbaik.

'wahai Tuhan kami,berilah kami isteri-isteri(pasangan) dan zuriat (keturunan kami) perkara-perkara yang menyejukkan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa' (surah al-Furqan, ayat 74)

2 comments:

  1. mga dipertemukan dgn jodoh sebenar.amin~
    takut juga jumpe org yg bukan jodoh kita.
    xyah gopoh2la kan hana,ada jodoh adalah die dtg nnt.tp kne usaha juga.huhu..kawen jemput eh!(^^,)v

    ReplyDelete
  2. amin~
    begitulah hendaknya.
    anis pun kawen nnt jemput eh..
    hehehe

    ReplyDelete

Followers