Subscribe to RSS feeds

Wednesday, September 29, 2010

"fiber" a.k.a. serabut

Belajar kerana Allah, untuk ilmu penetahuan, untuk hidup, bukan untuk exam.. I'm not exam oriented student..!!!

Sila betulkan nawaitu anda (ditujukan khas untuk diri sendiri hehehe..)

thur: chemistry of functional food
fri: new food product development
sat: method in preparation of project report
wed(next week): food quality management

Memang sarat dengan tests this couple of weeks. Need to focus and concentrate, don't play-play hana..

Friday, September 17, 2010

balik-balik bende yang same..


Nak melangkah ke umur 22 tahun ini menimbulkan banyak tanda tanya. Diri sendiri, family, orang luar apatah lagi. Masing-masing duk tanya, dah ada ‘orang special’ ke? Apa, ingat orang ni takde kerja lain ke. Ingat nak kahwin je ke. Memang la tak nafikan. Bende tu pun ibadat. Dah hati ini dah dicuri and dibawak lari ke oversea, nak buat macam mana. Bukannya tak nak usaha. Dah penat kut. Tawakal je la.

Ada seorang pakcik ni, suggest suruh sambil menyelam minum air, sambil nak habiskan degree, sambil cari calon. Ingat senang ke. Pakai tangkap muat. Janji ada yang nak, yang sudi. Macam tu. Of course la kalau boleh nak yang hampir-hampir perfect (impossible la nak dapat yang perfect, ukur baju di badan sendiri la, there still a room for perfection). Perkahwinan bukan untuk sehari dua. Kahwin mestilah inginkan yang berkekalan dunia dan akhirat. Bercinta sampai ke syurga (ayat, tak boleh bla).

Apa-apa hal pun biarlah diri sendiri ni distabilkan dulu dan bersedia dengan secukupnya persiapan dan persediaan (macam sediakan bekalan untuk ke alam barzakh juga). Itu pun kira usaha juga untuk mencari jodoh. Bukan sekadar goyang kaki sahaja. Berdoa kepada Allah memang tak pernah putus, selebihnya terserah kepada Yang Sebaik-baik Perancang menentukan yang terbaik untuk diri ini. Sesungguhnya Dia lah ‘weeding Planer” yang terbaik.

'wahai Tuhan kami,berilah kami isteri-isteri(pasangan) dan zuriat (keturunan kami) perkara-perkara yang menyejukkan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa' (surah al-Furqan, ayat 74)

Monday, September 13, 2010

masih diberi kesempatan

It has been more than a month tak update blog ni. Rasa macam tak cukup sangat masa 24/7 yang ada. Belum lagi dengan tak cukup tanah nak jalan. Hanya Allah sahaja yang tahu. 1 bulan yang penuh rahmat yang juga digelar bulan pesta ibadah dah berlalu pergi. Entah diri ini masih berkesempatan atau tidak untuk bertamu lagi di bulan tersebut yakni Ramadhan. Syawal bulan kemenganan setelah sebulan menahan nafsu dan lapar pun sudah menjelma. Syawal kali ini cukup sederhana dan simple. Orang yang jauh dimata dekat dihati tetap dikenang dan diingati. Raya sememangnya mengimbau semua kenangan yang lalu.

Bulan Ramadhan dilalui dengan pelbagai ujian. Tapi syukur dapat laluinya dengan tabah (tak de la sampai nak meroyan). Dengan proposal FYP, tests, quizzes and etc. Belum lagi dengan tugas sebagai seorang anak menuntut untuk membuat persiapan raya. Penat tapi terpaksa buat juga. Weekdays di kolej, weekend di rumah.

Sekarang sudah masuk beberapa Syawal, cuti semester pun berbaki hanya beberapa hari sahaja lagi, correction pada proposal harus dibuat, mengumpul as much as information for my thesis, caused me hormonal imbalance (tak berapa nak betul). Salah satu petanda yang common terjadi, jerawat. Tanpa segan silu tumbuh dimuka ini. Sengaja menguji kesabaran.

Berharap sangat la segala yang dirancang sebelum sem break tu dapat dilaksanakan. Kalau tidak memang naya lah balik U nanti.

Dikesempatan ini juga, ingin mengucapkan selamat hari raya idulfitri, dan memohom keampunan atas segala kekhilafan yang pernah dilakukan (zahir dan batin)..

Followers