Subscribe to RSS feeds

Sunday, April 25, 2010

hijab kepala

Sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni. Baru berkesempatan hari ini. Bagi seorang yang bergelar wanita yang sudah mencapai akil baligh, sudah pasti hal demikian wajib dan tidak ada dakleh-dakleh lagi. Sepertimana firman Alllah;

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(33:59)

Sudah terang lagi bersuluh dengan spotlight besar lagi. Tapi, hakikatnya semua itu dianggap enteng saja. Memang tidak dinafikan, sekarang sudah ramai yang bertudung. Persoalannya, sempurnakah syariat bertudung ditaati oleh setiap wanita? Saya bukan nak kata yang saya seorang yang sangat sempurna. Saya juga ada kelemahan. Bagi saya, no body is perfect, except Allah.

Merujuk firman di atas, telah disyariatkan bahawa bertudung atau nama lainnya berhijab haruslah melepasi dada. Bukan setakat cukup-cukup je tutup kepala. Tapi, hal yang sebaliknya berlaku. Fashion trend sekarang hanya segelintir sahaja mengikut apa yang digariskan Islam. Selebihnya langsung tidak. Itu belum lagi yang bertudung tapi berpakaian ketat, jarang dan seumpama dengannya. Nak kata tak tahu hukum, rata-rata dah didedahkan seawal usia 7 tahun. Alasannya cukup mudah; belum sampai seru, tak dapat hidayah lagi, kubur masing-masing, banyaklah lagi.

Flashback to zaman bangku sekolah, semuanya jadi un'sangke'able. Yang dahulunya macam seorang yang baik, yang bertudung di sekolah, habis sekolah tudung dah terbang entah ke mana. Yang dahulunya gila-gila, tak ikut school rules, keluar sekolah nampak macam dah berubah. Dunia dah terbalik barangkali. Ada orang kata, tak semestinya yang bertudung itu semuanya baik. Kadang kala just hypocrite je depan orang. Bukannya cukup solat 5 waktu 24/7. Yang tak bertudung pula, walaupun satu tu dia tak laksanakan, solat dia jaga. Entah la. Kalau tak bertudung, sah-sah engkar perintah Allah.

Tak kiralah apa orang nak kata sekali pun, tudung tak up to date ke, kuno ke, yang pasti ikut syariat. Itu sudah memadai untuk menempah tiket ke syurga Allah plus may be boleh dapat syafaat dari Rasulullah. Fikir-fikirkanlah...

Sunday, April 11, 2010

genting oh genting..









Setelah sekian lama mearancang, akhirnya hasrat kami berlima untuk ke Genting Highland tercapai. Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaanNya dan rahmatNya kami semua selamat pergi dan pulang dari kota keriangan itu.

Syukur sangat dapat mengembalikan hampir semua kenangan 5 tahun lalu. Sewaktu pergi bersama-sama rakan-rakan satu tingkatan dengan tujuan untuk mereleasekan tension sebelum SPM. Pertama kali berada di Genting pada waktu malam. Hampir-hampir frustrated coz tak dapat main space shot. Tapi, pada saat akhir dapat juga peluang itu. Dapatlah tengok seluruh banjaran titiwangsa, kawasan ditempat tinggi pada waktu malam. Subhanallah, sangat cantik alam ciptaan Allah. Tambah pula suasana sejuk, macam duk kat overseas pula. Haha, dapat juga saya merasa pengalaman tersebut. Corkscrew roller coster pun naik juga. Kesian dekat ayu, wani and fara. Tak dapat main go kart coz kurang ketinngian. Skema betul staff in charge waktu tu. Lastly, before dinner, naik balik buaian. Benda yang pertama kali naik waktu masuk. Ambil gambar malam tu pun ambil macam style My Girl. Hehe..

Memang macam tak percaya, masuk snow world pun waktu malam. Tengah malam pulak tu. Tapi, alhamdulillah, rezeki malam tu, dapat discount untuk gambar. Jadi pulak last customer.

Lepas puas sakan ambil gambar, baru lah balik hotel. Itu pun memang kaki macam dah nak patah. Tidur lak dah la 2 katil untuk 5 orang. Nak jimat punye pasal.

Lepas subuh pulak, tak boleh tidur. Layan la lagu KCB. Mandi, pastu ikut kak dilla breakfast. Memang la nampak semua macam nak makan. Tapi sedar limit kat perut.

Lepas habis ayu, wani fara breakfast, baru lah turun nak balik, naik cabel car. Seronok naik berlima je. Macam biasa lah, sakan bergambar. Semua kenagan itu memang tak boleh nak lupakan. Sangat-sangat berterima kasih kat kak dilla. Perkenalan yang singkat itu, membuahkan ukhuwah yang sangat utuh. Semoga setelah habis practical nanti pun, we'll do keep in touch forever. Hopefully, He knows best..

Tuesday, April 6, 2010

Monday, April 5, 2010

haramkah..??

Soundtrack ketika cinta bertasbih. Entah kenapa terasa sangat dekat lirik lagu tersebut dengan saya. Tapi tak berapa suka sangat dengan tajuk kepada lagu tersebut. Hayatilah bait-bait senikata lagu tersebut. Terasa sangat menusuk kalbu. Mungkin ianya ada bersangkut paut dengan realiti kehidupan saya.. Biarlah cinta bertasbih, biarlah hati ini bertasbih memujiMu, menunjukkan rasa cintaku kepadaMu ya Allah..janganlah Kau biarkan aku memuji dan memuja selain dariMu ya Allah..biarlah hanya Kau dan aku tahu akan siapa yang aku maksudkan melalui lagu ini..aku akan tetap menyintai dirinya walaupun yang empunya diri tersebut tidak mengetahuinya..

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta

Thursday, April 1, 2010

3M

Mengingatkan kembali kepada syllabus pelajarn SPM dahulu. Dasar Pendidikan negara yang menekankan membaca, menulis dan mengira kepada semua urid sekolah. Lupa akan pengasas kepada gagasan ini, namun 3M ini membawa maksud yang berbeza bagi saya. 3M merupakan satu visi dan misi yang harus saya capai sepanjang tempoh perjalanan saya di dunia ini sebelum ke destinasi 'seterusnya' nanti.

3M membawa maksud kepada Mekah, Madinah dan Mesir.







Sudah semestinya jika berkemampuan setiap orang wajib menunaikan haji dan umrah di Baitullah dan melakukan ziarah ke makam Baginda Rasulullah S.A.W.. Menjadi salah sebuah daripada perkara-perkara 'wonder' atau keajaiban dunia, siapa yang mahu melepaskan peluang untuk ke sana. Nawaitu saya mudah sahaja. Mahu berhadapan in live with the kiblat which is being as the direction for the Muslim all over the world to pray. Surely, rasa syahdu akan terbit bilamana berhadapan sendiri dengan Kaabah di Masjidilharam nanti. Kalau diizinkan dan diberi kesempatan, saya mahu semahunya melafazkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada ALLAH nanti. Of course I will not going there alone. It was compulsory that a women have to go there with their mahram. Tidak boleh tidak harus menunggu seseorang yang bergelar 'illegal partner' lah jawabnya. Seperti mana yang pernah mak katakan, "kalau nak pergi sana, tunggu la dengan mahram. Mak ngan abah nak pergi lagi insyaAllah.." Siapalah yang bakal menjadi mahramku nanti ya..

Di Madinah pula, jika diizinkan Allah, saya ingin sekali berdoa dan bersolat di Raudhah di Masjid Nabawi. Juga ingin sekali saya menziarahi sekitar Madinah supaya saya dapat merasai sendiri tempat di mana Insan Agung dalam sirah islamiah pernah berjuang demi menegakkan Islam tercinta. Di sinilah juga tertanamnya jasad Kekasih sekalian umat Islam yang melafazkan 'ummati, ummati, ummati' umatku, umatku, umatku di hujung nyawanya. Sungguh menggamit rasa. Walaupun saya sudah berkali-kali mendengar sirah akan kewafatan Rasulullah, namun air mata ini tidak pernah segan untuk berada di tubir mata. Betapa kasih dan sayangnya Baginda kepada umatnya.

Untuk berada di Mesir, tidak lain dan tidak bukan untuk menjejak sebanyak mana sirah islamiah yang menjadikan Mesir dangan jolokan Bumi Anbia. Bukan taksub dengan piramid-piramid itu, tetapi peristiwa di sebalik pembinaan tersebut dan kaitannya dengan Nabi-nabi terdahulu. Sebenarnya bukan itu sahaja. Ini juga kerana 'seseorang' yang pernah belajar di bumi tersebut. That person influent me a lot especially to my way of life with his advices and his characteristics. In record, he was the most remembered person in my live after 010101(hanya Dia dan saya tahu code ini). Impress right..!! Hehehe..

Itulah sedikit sebanyak senarai 'to do' dalam hidup saya. Hopefully it will be fulfilled sooner or later. InsyaALLAH..

Followers