Subscribe to RSS feeds

Friday, January 13, 2012

Sepetang di Kuala Sepetang

Cuti sekolah baru-baru ini saya dan keluarga berkesempatan untuk holiday di sekitar Taiping, Perak (itu pun atas desakan oleh adik-adik yang senget dan sengal..hahaha). Memang first time holiday on weekdays. Mak pula terpaksa "bekerja" dan siap bawa laptop and printer lagi tu ke hotel. Ad hock plan, hotel pun tak sempat nak booking. Redah beberapa hotel semuanya fully booked. Luckily ada yang available untuk kami bermalam di sana. Memang tak sangka, hotel yang boleh tahan dengan harganya pun reasonable. Flamington Hotel. Yang bestnya, dari tingkap boleh nampak Taman Tasik Taiping, and kat rooftop dia ada swimming pool dan boleh nampak view bukit larut dari situ. Kalau naik ke rooftop awal-awal pagi, memang sangat best, boleh hirup fresh air, nampak bukit larut yang diselubungi kabus dan ramai yang ambil kesempatan untuk berjogging disekitar tasik. Yang tak boleh dilupakan, semasa breakfast, saya sempat merasai bread pudding. Memang yang paling sedap saya pernah rasa.

view dari rooftop

Sempat juga kami sekeluarga merasai juadah enak di kuala sepetang iaitu mee udang mak jah. Memang terbaik (tiru gaya boboi boy). Kalau tak silap restoran tersebut pernah dikunjungi ole crew jalan-jalan cari makan. Rasa mee udangnya, terangkat. Dalam satu mangkuk mee, ada lebih kurang 10 ekor udang yang sememangnya fresh belaka. Terasa kemanisan udangnya. Semua menu yang disediakan di restoran tersebut berasaskan udang semata-mata. Kuala Sepetang atau nama asalnya Port Weld, merupakan tempat yang sangat famous dengan mee udang. Sepanjang perjalanan ke restoran mak jah ini, terdapat gerai-gerai kecil yang turut bersaing menyediakan juadah mee udang. Tapi, restoran mak jah ini memang famous antara yang lain, sampaikan pengunjung yang datang bukan sahaja berkereta, tapi siap rombongan dengan bas. Jangan risau, service yang diberikan turut memuaskan. Kami sekeluraga turut merasai kesedapan mee udang sampai dah nak muak tengok udang yang terlampau banyak. Harga semua makanan disitu ok, berpatutan. Memang sepetang lah kami disana meluangkan menikmati dinner yang agak awal dari yang sepatutnya.


p/s: dah macam travelog airasia pula..hahaha. apepe pon, sharing is caring, sharing is loving...

Thursday, December 1, 2011

Dari kerana mata

Syukur kepada Allah atas kurniaan mata yang membolehkan kita hambaNya melihat segala yang ada di dunia yang fana ini. Namun, disebalik kurniaanNya itu, kita mampu mengumpul sebanyak mungkin pahala tidak kurang juga dosa. Permulaannya, saya nak berkongsi manfaat dari pandangan sepasang mata yang kita ada. Ini pun saya sampaikan dari ulama'-ulama' yang berkongsi ilmu dengan saya yang jahil dan masih cetek serta dahagakan mutiara-mutiara ilmu. Menurutnya, dengan memandang 5 perkara, kita boleh mendapat pahala daripadanya. Cukup mudah bukan! Marilah kita sama-sama mengamalkannya.


1) Kaabah

2) Air zam-zam

3) Al-Quran

4) Wajah Ibubapa

5) Wajah orang alim atau alam


Rata-rata, semua perkara tersebut cukup mudah untuk didapati, kecuali perkara yang pertama. Harus ke Mekkah untuk melihatnya. Air zam-zam dan al-quran sebagai contoh, lihat sahaja dapat pahala, tapi kalau amalkan lagi berganda-ganda. Wajah ibubapa pula, baru pandang dapat pahala, tapi kalau kita hormati mereka, membuat ihsan kepada mereka, berbakti dan membalas jasa mereka, memang sah-sah dijanjikan ganjaran yang besar untuk kita. Bagi yang ke 5, paling mudah dilakukan. Pagi-pagi, lepas solat subuh, tunggu beberapa minit untuk pukul 7 pagi di hadapan tv, boleh tengok dan dengar mutiara-mutiara ilmu dari rancangan tanyalah ustaz. Berkumpul ditaman-taman syurga, dapat pahala, tengok je orang yang menyampaikan ilmu pun dapat pahala. 2 in 1. Menikmati keindahan dan penciptaan alam pun dapat pahala. Kebesaran dan Kekuasaan Allah sangat jelas kelihatan bukan! Pokok pangkal bagi semuanya adalah keikhlasan.


Namun, dengan mata juga boleh terjadinya zina. Maka, tundukkanlah pandangan terhadap perkara yang tidak sepatutnya dilihat supaya dapat menjauhkan diri dari zina. Ingatlah firman Allah "dan janganlah kamu menghampiri zina..."


p/s: "Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain, berakhlak mulia, mempelajari al-Quran dan mengajarkannya, serta orang yang umurnya panjang tapi banyak amal kebajikannya." (hadith Rasulullah s.a.w)

Tuesday, November 22, 2011

auummm..ngauman sang harimau..


First of all, I want to congratulate our football team for the 'kemenangan bermaruah' membaham sang garuda. Semuanya diselamatkan oleh tendangan penalti yang berlaku secara dramatik hasil cubaan kapten baddrol baktiar. Syabas semuanya. Teamwork yang sangat berkesan. Memerah keringat sehingga berbunyinya wisel penamat, menggunakan sisa-sisa tenaga berjuang hampir satu jam setengah di padang. Dah la berhadapan dengan pelbagai kritikan diluar padang (ganyang m'sia), tekanan psychology kena 'boo' dengan penyokong merah garuda yang sesak memenuhi setiap inci ruang yang ada di stadium dan sebagainya. Memang perit. Tak lupa juga kepada coach pasukan yang menghadapi banyak dugaan semasa peringkat separuh akhir. Tak sia-sia jerit perih yang telah dicurahkan.

Setelah diisytihar pemenang emas secara sah pun, dugaan tetap menimpa. Ade ke pihak tuan rumah mahu melakukan urine test terhadap pemain. Nampak sangat dengki ye disitu. Harimau bermain dengan penuh kejujuran dan telus ok, tak dicemari dengan sebarang benda terlarang. Sampaikan nak balik ke tempat penginapan pun terpaksa naik kereta kebal atas sebab-sebab keselamatan. Memang seram betul senario disitu. Sampaikan ada yang terbunuh gara-gara tak dapat tiket. Catat sejarah betul.

Kesian betul sang garuda, kempunan nak merangkul emas. Bak kata seorang rakan twitter saya, 'walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya, walaupun menang beribu emas kalau tak dapat emas bola apa gunanya'. Manakan tidak, emas bola sepak merupakan ibu segala pingat emas sukan sea.

p/s: majulah sukan untuk negara!!

Thursday, November 17, 2011

Doa mengubati bengkak

Sekadar perkongsian bersama. Saya ada membaca buku 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih tulisan Ustaz Zahazan. Doa tersebut pernah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada isteri Baginda untuk merawat jerawat atau bisul pada tangannya. Menurut pengarang buku Perubatan Islam, doa ini juga boleh diamalkan untuk mengubati bangkak. Semoga boleh dijadikan amalan bersama disamping InsyaAllah dapat mengurangkan kos perubatan. Dapat juga tambah-tambah pahala.

Sunday, November 13, 2011

A few days back, tengok movie kat tv9. First movie directed by aaron aziz entitled 'kekasih awal & akhir'. All of sudden, teringat kat diri sendiri (ah sudah...the 'jiwang-jiwang' air spreading all over the space). Movie yang best, credit to aaron. Memang sesuai la gandingan hero and heroin dia. Tapi, lain pula yang jadi kat saya. 'kekasih awal DAH berakhir'. Misi sekarang, mencari kekasih yang terakhir, finale, muktamad. Walaupun dia bukan yang pertama dan terawal, tapi bukan bermakna dia bukan yang terbaik. Cuma masanya belum tiba. Whatever it is, wish to have a soul mate yang diredhai dan direstui Allah dan family. Dapat membina baitul muslim yang sentiasa dilimpahi mawaddah wa rahmat kekal sehingga ke syurga.

p/s: bersatu kerana Yang Satu...^^

Friday, November 11, 2011

As sweet as gule2..

Tarikh hari ini memang cantik. Rata-rata ramai yang mengabdikan tarikh ini sebagai tarikh perkahwinan. Macam last year juga la. Something happened to me today. Unexpected actually. Meeting a guy, quite friendly. ha..ha..ha..First time jumpa a guy yang memang tak tahu sape ntah, even his name pun tak tahu, boleh get along together like an old friend. Dah la saya ni bukan seorang yang mudah mesra alam, mesra rakyat. Boleh pula kan dalam hati ni whispering that he might be my future Mr. Right. No comment. Jodoh ditangan Allah. Sekali je ketemu. Ngak tahu macam mana agamanya, akhlaknya, bertanggungjabkah dia. Rupa, kekacakan, fizikal adalah subjektif. Yang penting sedap dihati, kurang sedap dimata tidak mengapa (nasihat yang saya pernah bagi dekat seorang sahabat dan mendapat 'pujian' yang saya ini seorang yang jiwang). Itu boleh la dikira sweet moment yang berlaku pada saya di hari bertarikh cun.

My relationship with my mother also getting more positive and better. Taknak la comment lebih-lebih. Allah knows best.

Tapi, yang tak sedap didengar, tarikh cun tahun ini berlaku juga satu tragedi. Kemalangan jalan raya yang melibatkan bas, sama dengan 10.10.10 tahun lalu. Al-Fatihah buat yang terkorban. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solehin. Tahun depan, 12.12.12 tak tahu ape yang bakal terjadi, wallahua'lam. Berlaku juga pada hari Jumaat dan merupakan tahun lompat. Cakap pasal tahun lompat, 29.02, tarikh yang ditunggu-tunggu bagi sesape yang dilahirkan pada hari tersebut.

p/s: tulis pasal tarikh je, tarikh birthday saya tahun ni pun cun jugak 011011 hehehe..


Followers