Ini bukan recite dari lagu mana-mana. Ni tulus dari lubuk hati paling dalam (lebih dalam dari jurang mariana) seorang anak kepada insan bergelar ibu. Tak kesahlah apa penggilan pun. Yang penting ia membawa makna dan menerangkan seorang yang sangat besar pengorbanannya terhadap anaknya. Parents hanya seorang. Tapi mampu menjaga anak sehingga 12 orang jumlahnya. Tapi, anak 12 orang belum tentu boleh menjaga parents sepertimana jagaan dan belaian yang pernah diperolehi semasa kecil. Kisah yang benar-benar berlaku didepan mata. Ya Allah, aku memohon padaMu biarlah aku dapat menjaga kedua ibubapaku kelak walaupun tanggungjawab itu tergalas dibahu anak lelaki.
Hati sangat terkesan lepas tengok Semanis Kurma semalam. Memang mata sentiasa berkolam sepanjang siaran. Kisah dua wanita bergelar ibu dengan kisah masing-masing. Ibu1, mempunyai 50 orang anak, 7 daripadanya anak kandung dan selebihnya anak angkat yang dipelihara dengan tangannya sendiri tanpa orang gaji. Anak angkatnya ada yang menghidap AIDS, ada yang merupakan anak susuannya juga. Kisah keajaiban yang diceritakan memang bukti Kekuasaan Allah. Meneriam seorang anak angkat berusia beberapa bulan, yang ibu kandungnya merupakan seorang pesakit AIDS. Anak tersebut mempunyai peluang 50-50. Mengetahui yang susu ibu adalah yang terbaik, memohon agar suaminya mengizinkan untuk mengandung supaya dapat diberikan susu ibu kepada bayi angkatnya. Dikatakan gila oleh suaminya sendiri. Namun, Allah mengetahui yang terbaik untuk hambaNya, lalu mengandunglah Ibu1 tersebut dan berkat susu ibu yang ikhlas diberikan, anak angkatnya selamat dan bebas dari virus itu. Subhanallah..
Kisah Ibu2. Melahirkan anak kedua yang sempurna, namun, sepanjang tempoh membesar, anaknya menhidapi penyakit kepala membesar. Tambah dukacita, suami yang diharapkan untuk memberi kekuatan dan sokongan lari meninggalkannya dan berkahwin lain. Kini, terpaksa menjaga ibu yang sudah uzur. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Orang sekeliling pula mencemuh tidak sudah. Bukannya dipinta untuk nasib sebegitu. Tapi, kasih ibu tiada terperi. Anak yang kurang sempurna tetap dijaga rapi, ditatang dengan penuh kasih sayang. Tetap mendoakan agar anaknya dapat bermain dan hidup seperti kanak-kanak yang lain.
Jelas, bukan calang-calang orang dapat menggalas tanggungjawab ini. Seorang wanita yang bergelar ibu sahaja yang mampu (walaupun hakikatnya ada juga segelintir yang bertentangan dengan sifat seorang ibu). Walau apa pun ingatlah. Jadikan diri seperti kopi (individu) terendam didalam air panas (musibah/masalah) yang bukan sahaja sedap, aroma memikat dan digilai penggemarnya berbanding lobak (individu) apabila berada dalam situasi yang sama menjadi lembik atau telur yang hanya sekadar keras.
Renung-renungkan sampai termenung.