Subscribe to RSS feeds

Friday, February 18, 2011

ya Rasulullah, aku merinduimu..

Cintai Rasulullah, kerana Baginda sangat menyayangi kita…

Dari Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda,

“Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang kepadanya membawa bendera dan mahkota. Izrail datang kepadanya membawa pakaian-pakaian syurga.

Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik, kembalilah ke tubuh yang baik”. Maka, kubur terbelah 2. Pada seruan kedua pula, kubur mula terbuka. Pada seruan ketiga, Rasulullah saw berdiri, baginda SAW telah membuang tanah diatas kepala baginda dan janggut baginda SAW. Baginda melihat kanan dan kiri. Baginda SAW mendapati tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga air matanya dipipi.

Baginda SAW bersabda, “Kekasihku Jibril, gembirakanlah daku!”

Jibril berkata, “Apakah kamu lihat dihadapanmu?”

Baginda SAW bersabda, “Bukan seperti itu pertanyaanku”

Jibril berkata, “Apakah kamu melihat bendera kepujian yang terpacak diatasmu?”

Baginda SAW bersabda, “Bukan itu maksud pertanyaanku”

Baginda SAW bersabda, ”Aku bertanya kepadamu akan umatku. Dimanakah perjanjian mereka?”

Baginda SAW bersabda, “Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku”.

Jibril menyeru, “Wahai sekalian makhluk. Datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala”.

Umat-umat datang dalam keadaan satu kumpulan.

Setiap kali Nabi SAW berjumpa satu umat, Baginda akan bertanya, “Dimana umatku?”

Jibril berkata, “Wahai Muhammad, umatmu adalah umat yang terakhir”.

Apabila Nabi Isa AS datang, Jibril menyeru, “Tempatmu!” maka Nabi Isa AS dan Jibril menangis.

Nabi Muhammad SAW bertanya, “Mengapa kamu menangis? Dimana umatku?”

Jibril berkata, “Mereka semuanya telah datang, mereka berjalan lambat dan perlahan”.

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi SAW menangis lalu bertanya. “Wahai Jibril, bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”

Jibril menjawab, “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW”.

Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di tas belakang mereka sambil menyeru, “Wahai Muhammad!”

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Wahai umatku!” Mereka berkumpul disisinya. Umat-umatnya menangis.

Allah berfirman dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi; “Dimana umat Muhammad?”

Jibril AS berkata, “Mereka adalah sebaik umat”.

Allah Taala berfirman, “Wahai Jibril, katakanlah kepada kekasihku Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu”.

Jibril AS kembali dalam keadaan menangis lalu berkata, “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala”.

Nabi Muhammad SAW berpaling kearah umatnya lalu berkata, “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Allah Taala berfirman, “Hari ini Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu”.

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat.

Nabi Muhammad SAW menyeru, “Tuhan..Penguasaku..Penghuluku..aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!”

Ketika itu juga, neraka jahanam berseru, “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”

Neraka pula berseru, “ Wahai Tuhanku, Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaanya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku, dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan”.

Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Ire matanya telah hilang dan kering dari pipinya.

Sekali, Baginda SAW sujud dihadapan Arsy Allah Taala. Dan sekali lagi Baginda rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.

Para nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.

Mereka berkata, Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah itu sungguh mengambil berat, hal keadaan umatnya.

Fatimah RA berkata, “Dimana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”

Baginda SAW menjawab, “Kamu akan menjumpaiku di hadapan sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku”.

Tatkala umat Nabi SAW sedang mencari mimbar Nabi Muhammad SAW untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat, Maryam, Ai’syah, Khadijah, Fatimah Zahra sedang duduk. Ketika Maryam melihat wajah umat Nabi itu, dia berkata, “Ini umat Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka”.

Suara Maryam telah didengari Nabi Muhammad SAW.

Nabi Adam AS berkata kepada Nabi Muhammad SAW, “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah SWT”.

Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda, “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku, aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untuk syafaatmu!”

Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul disisinya.

Ketika diatas sirat, Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik, dengan kebenaran Allah Taala keatasku, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi!. Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu”.

Nabi Muhammad SAW berhenti diatas sirat. Setiap kali baginda melihat seorang dari umatnya bergayut diatas sirat, Baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkannya kembali.

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tuhanku, selamatkan mereka! Tuhanku, selamatkan mereka!”

Kenali, cintai dan teladani Rasulullah SAW.


Dipetik dari HALAQAH, AKAR TRADISI ILMU.

Sunday, February 13, 2011

...

dikala sendirian
kadangkala tanpa disedari
terasa basah pada tubir mata
tanpa perlu dipinta
empangan yang dibina pecah begitu sahaja
terlalu banyak yang difikir
sehinggakan tak tahu yang mana harus difikir
tentang hidup ini
memang tiada kesudahannya
menantikan pengakhiran yang pasti
suatu kemestian
untuk suatu penghidupan yang lebih mulia dan hakiki
ya Allah, takdirMu tidak dapat ku sangkal
Kau Yang Maha Mengetahui
segalanya yang tersirat dan tersurat
aku ini kerdil sekali
lemah
seringkali alpa
tidak pernah puas
tapi
Kau tidak pernah sekali-kali jemu akan hambaMu
aku kan terus mencuba
lagi, lagi dan lagi
menjadikan anugerahMu
kekal bersemi
sehingga aku pulang kepadaMu nanti..



Followers