Subscribe to RSS feeds

Wednesday, December 8, 2010

H.I.J.R.A.H.

Semalam saya bersama-sama keluarga sempat berkunjung ke Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang diadakan di masjid di kampung saya bersempena Maal Hijrah. Penceramahnya, tidak asing lagi Dato' Hj Hashim Hj Yahya, mantan mufti Wilayah Persekutuan dan Ustaz Ghazali Omar, guru SMKA Kuala Selangor dan moderatornya Ustaz Fauzi Mustafa, pengacara al-kuliyyah. Ceramah bertajuk Hijrah Mentransformasi Ummah.

Seperti biasa, diawalnya diungkap kembali sirah Rasulullah sehingga menjadi titik permulaan tahun Hijrah. Juga dinyatakan mengapa sambutan awal tahun Hijrah bertukar dari 'awal Muharram' kepada 'Maal Hijrah'. Memang betul bak kata Dato' Hashim, ditukar namanya supaya setiap umat Islam dapat menyambut bukan sekadar diawal bulan awal tahun sahaja, tetapi disuruh supaya umat Islam bersama-sama bersama tahun Hijrah dan seterusnya berubah dari yang tidak baik kepada baik dan yang baik kepada lebih baik. Kan 'maal' tu dalam bahasa Melayu bermaksud 'bersama', 'dengan'. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini.

Antara inti pati ceramah, turut berkisar tentang ciri-ciri ummah bergelar 'super-Muslim'. Bukan superman, supermario dan jin superpower ye. Menjadi 'transformer' berteraskan ciri-ciri:
1) bermatlamat
2) tegas kepada agama
3) istiqamah
4) jujur
5) mengembangkan dan menyebarkan syiar Islam

Selain itu, turut disingkap erti disebalik huruf H.I.J.R.A.H.
H:hati I:ilmu J:jihad R:rajin A:amal H:hindar maksiat

Jikalau semua ini dapat direalisasikan, pastinya semua musuh Islam gentar akan umatnya yang cukup berani demi memperjuangkan Islam. Sepertimana yang pernah dinyatakan oleh orang Yahudi, mereka tidak gentar dengan umat Islam sehingga umat Islam mampu mendirikan solat Subuh dengan berjemaah memenuhi masjid seperti melakukan solat Jumaat (bukan solat Jumaat seperti solat Subuh).

Sekadar renungan bersama..

Ada seorang pengembala kerbau. Dia melepaskan ternakannya bebas dipadang ragut. Setelah cukup masa, kerbau tersebut ditangkap dan dibawa ke kandang. Dalam perjalanan pulang, sempat si kerbau bersembang dengan tuannya.

kerbau: Tuan, tuan ada anak?
tuan: Mestilah ada. Kenapa kau tanya?
kerbau: Owh, takde pape. Saja je. Sama lah kite. Saya pun ade dua ekor.

sambil menuju ke kandang, azan berkumandang.

kerbau: Tuan, ape ye suara yang selalu berkumandang tu? (tanya si kerbau penuh minat)
tuan: Itu la azan.
kerbau: Kenapa dalam sehari semalam mesti dekat 5 kali berbunyi ye tuan?
tuan: Itu tandanya untuk memanggil orang sembahyang, dah masuk waktu. Orang islam sembahyang 5 waktu sehari semalam.
kerbau: Macam tu. Tuan sembahyang?
tuan: Aku tak..
kerbau: Owh, sama lah kite..

Wednesday, December 1, 2010

Hati ini

ehsan gambar: iluvislam
Hati ini telah bertemu berkumpul di perut bumiMu
Hati ini telah berpadu bersatu memikul beban dakwahMu
Hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat untuk mendokong
SyariatMu di alam ini
Maka ya Allah eratkanlah ikatan yang ada
Kekalkan kemesraan yang ada tunjukkanlah jalan yang benar
Tunjukkan dengan cahayaMu
Hanya cahayaMu terangi alam
Hidup suburkanlah dengan makrifahMu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhadah
Dalam perjuangan menegakkan agama yang tercinta

Followers