Subscribe to RSS feeds

Tuesday, November 22, 2011

auummm..ngauman sang harimau..


First of all, I want to congratulate our football team for the 'kemenangan bermaruah' membaham sang garuda. Semuanya diselamatkan oleh tendangan penalti yang berlaku secara dramatik hasil cubaan kapten baddrol baktiar. Syabas semuanya. Teamwork yang sangat berkesan. Memerah keringat sehingga berbunyinya wisel penamat, menggunakan sisa-sisa tenaga berjuang hampir satu jam setengah di padang. Dah la berhadapan dengan pelbagai kritikan diluar padang (ganyang m'sia), tekanan psychology kena 'boo' dengan penyokong merah garuda yang sesak memenuhi setiap inci ruang yang ada di stadium dan sebagainya. Memang perit. Tak lupa juga kepada coach pasukan yang menghadapi banyak dugaan semasa peringkat separuh akhir. Tak sia-sia jerit perih yang telah dicurahkan.

Setelah diisytihar pemenang emas secara sah pun, dugaan tetap menimpa. Ade ke pihak tuan rumah mahu melakukan urine test terhadap pemain. Nampak sangat dengki ye disitu. Harimau bermain dengan penuh kejujuran dan telus ok, tak dicemari dengan sebarang benda terlarang. Sampaikan nak balik ke tempat penginapan pun terpaksa naik kereta kebal atas sebab-sebab keselamatan. Memang seram betul senario disitu. Sampaikan ada yang terbunuh gara-gara tak dapat tiket. Catat sejarah betul.

Kesian betul sang garuda, kempunan nak merangkul emas. Bak kata seorang rakan twitter saya, 'walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya, walaupun menang beribu emas kalau tak dapat emas bola apa gunanya'. Manakan tidak, emas bola sepak merupakan ibu segala pingat emas sukan sea.

p/s: majulah sukan untuk negara!!

No comments:

Post a Comment

Followers