Subscribe to RSS feeds

Thursday, December 1, 2011

Dari kerana mata

Syukur kepada Allah atas kurniaan mata yang membolehkan kita hambaNya melihat segala yang ada di dunia yang fana ini. Namun, disebalik kurniaanNya itu, kita mampu mengumpul sebanyak mungkin pahala tidak kurang juga dosa. Permulaannya, saya nak berkongsi manfaat dari pandangan sepasang mata yang kita ada. Ini pun saya sampaikan dari ulama'-ulama' yang berkongsi ilmu dengan saya yang jahil dan masih cetek serta dahagakan mutiara-mutiara ilmu. Menurutnya, dengan memandang 5 perkara, kita boleh mendapat pahala daripadanya. Cukup mudah bukan! Marilah kita sama-sama mengamalkannya.


1) Kaabah

2) Air zam-zam

3) Al-Quran

4) Wajah Ibubapa

5) Wajah orang alim atau alam


Rata-rata, semua perkara tersebut cukup mudah untuk didapati, kecuali perkara yang pertama. Harus ke Mekkah untuk melihatnya. Air zam-zam dan al-quran sebagai contoh, lihat sahaja dapat pahala, tapi kalau amalkan lagi berganda-ganda. Wajah ibubapa pula, baru pandang dapat pahala, tapi kalau kita hormati mereka, membuat ihsan kepada mereka, berbakti dan membalas jasa mereka, memang sah-sah dijanjikan ganjaran yang besar untuk kita. Bagi yang ke 5, paling mudah dilakukan. Pagi-pagi, lepas solat subuh, tunggu beberapa minit untuk pukul 7 pagi di hadapan tv, boleh tengok dan dengar mutiara-mutiara ilmu dari rancangan tanyalah ustaz. Berkumpul ditaman-taman syurga, dapat pahala, tengok je orang yang menyampaikan ilmu pun dapat pahala. 2 in 1. Menikmati keindahan dan penciptaan alam pun dapat pahala. Kebesaran dan Kekuasaan Allah sangat jelas kelihatan bukan! Pokok pangkal bagi semuanya adalah keikhlasan.


Namun, dengan mata juga boleh terjadinya zina. Maka, tundukkanlah pandangan terhadap perkara yang tidak sepatutnya dilihat supaya dapat menjauhkan diri dari zina. Ingatlah firman Allah "dan janganlah kamu menghampiri zina..."


p/s: "Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain, berakhlak mulia, mempelajari al-Quran dan mengajarkannya, serta orang yang umurnya panjang tapi banyak amal kebajikannya." (hadith Rasulullah s.a.w)

No comments:

Post a Comment

Followers