Subscribe to RSS feeds

Sunday, November 6, 2011

Kali pertama

Kali pertama aku..lalala (macam lagu meet uncle husin plak). Nak cerita sikit ni. Sebelum tu, saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan salam eiduladha dan hari raya korban. Semoga segala pengorbanan yang telah dicurahkan untuk sesiapa sahaja jangan kita kisahkan ganjarannya, sandarkanlah dan dambakanlah hanya pada Allah.

Berbalik kepada cerita yang saya nak sampaikan, malam raya kelmarin merupakan pertama kali saya balik beraya ke rumah nenek dan atuk sebelah mak yang mana saya kena drive sendiri sebab mak tak confident nak drive malam. Abah pulak naik kereta lain, nak balik rumah pagi-pagi raya untuk menyaksikan lembu sendiri yang nak ditumbangkan. Terpaksalah drive kereta dalam keadaan hujan dan jam. Almaklumlah, jam dan raya memang tak boleh dipisahkan.

Dalam hati berdoa janganlah kaki cramp sebab sebelum ini pernah kaki cramp drive dalam jam. Sebab naik kereta manual. hahahaha.. alkisah.. Syukurlah selamat sampai. Yang paling tak blehbla, sepanjang perjalanan tak pakai seat belt. Ade sekali tu dahlah sempat potong kereta pak polisi. Mujur aje tak kene tahan..

p/s: sila patuhi semua peraturan jalan raya. ingat orang tersayang. pandu dengan berhemah. anda mampu mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Followers