Subscribe to RSS feeds

Tuesday, January 11, 2011

Hati


Entah kenapa tajuk 'hati' menjadi tajuk favorite untuk di post . Saya sangat menghargainya, satu; sebab ia merupakan ciptaan Allah dan sewajarnya setiap hamba mensyukurinya, dua; hati merupakan organ yang paling penting bagi manusia, dari sudut agama mahupun sains. Sesetengah orang tidak bersetuju bila agama dikaitkan dengan sains. Tapi, memang hakikat kedua-duanya berkait rapat dan ada correlation yang bergerak seiring dan sejalan.

Buta mata memang mamang menjadi kerugian kerana tidak nampak segala bentuk kejadian ciptaan Allah. Namun bilamana seseorang hamba Allah itu buta hati, kerugian yang dialaminya berlipat kali ganda. Penyakit hati yang melanda umat Islam adalah apabila seseorang itu tidak mampu membezakan yang hak dan yang batil. Hatinya sudah hilang cahaya. Dan apabila cahaya berusaha untuk menyinari hatinya, ia terpantul kembali dek sifat mazmumah yang merajai hati. Sedihnya bukan kepalang. Jika langkah untuk mengikis kotoran dan bintik-bintik hitam yang menyelaputi hati tidak dilakukan dengan segera, pasti hawa nafsu akan menguasainya yang bertunjangkan perintah syaitan durjana. Ubatilah hati dan biarkanlah ia bersinar kembali dengan jalan taubat dan taqwa menuju Allah. Alunkanlah dengan irama لااله الاالله agar berguguran jatuh kotoran dan bintik-bintik hitam yang menyelaputi hati.

Badan yang sihat diterjemahkan oleh kesihatan hati dari sudut rohani dan juga jasmani. Seperti hati yang suci dengan cahaya Ilahi, hati yang merupakan organ dalaman terbesar dalam badan manusia harus dijaga dengan rapi dari sudut pemakanan serba-serbi. Segala proses yang berlaku dalam badan ada bersangkut paut fungsinya dengan hati. Hati yang sihat diperlukan untuk 'detoxification', 'protein synthesis', 'storage of glycogen', 'decomposition of red blood cell', 'involve in immunization' dan banyak lagi. Andai kata hilang fungsi hati, kesannya akan turut dirasakan sehingga ke otak dan juga seluruh badan. Terkumpullah segala macam toksin yang seharusnya disalur keluar dari hati melalui organ perkumuhan.

Betapa beratnya tugas organ yang bergelar hati. Hargai dan peliharalah dengan sebaiknya supaya hati menjadi tenang dan khusyuk dalam beribadat kepada Allah. Jangan lupa, berilah hati 'makanan' yang sewajarnya untuk fungsi rohani dan jasmani.

No comments:

Post a Comment

Followers