Post kali ini mungkin agak sedikit jiwang (tak kesahlah). Tadi terasa nak dengar lagu ni, teruslah cari kat Utube. Dah lama lagu ini keluar. Tapi, tengok liriknya, terasa cam terkena kat batang hidung. Cuma tukar sedikit kalau lagu itu untuk perempuan, tapi situasi ini tukar kepada lelaki.
Sambil menaip post ini, sambil itu juga saya dengar lagu tersebut (feeling abis). Saya tak pernah bercinta apatah lagi merasai nikmat cinta seperti mana yang dilalui hampir semua sahabat seumur dan sebaya saya. Cuma cinta agung antara saya dan Khaliq sahaja yang pernah saya rasai disamping kepada keluarga.
Tapi, macam lagu tersebut, 'Kau cinta pertamaku, Kau cinta terakhirku..', saya akui pernah ada seseorang yang hadir dalam hidup saya membuatkan saya tertarik padanya. Tak tahu tang mana buat saya tertarik padanya, paras rupa pun sekadar good looking (takde la gorgeous cam Johny Depp). Cuma sedap mata memandang. Kriteria yang saya pegang untuk Mr. Right saya, biar sedap di hati dan sedap di mata. Tapi, sedap di mata tu kalau kurang sedikit pun takpe. Yang penting hati.
Dan sampai hari ini, saya tak boleh nak lupakan dia (biarpun waktu sudah 10 tahun berlalu). Dah la orangnya sangat jauh dimata. Terpisah pula antara jarak dan waktu. Memang macam tak percaya. Sahabat saya pun ada yang jauh macam dia, tapi saya tak dapat rasa dekat. Tapi, dia ni, saya macam rasa dekat sangat. Terlalu banyak benda yang mengingatkan saya kepadanya. Teruk kan. Kan bagus kalau perasaan itu saya tukar kepada ingatan saya kepada Khaliq saya. Tapi alhamdulillah, sedikit-sebanyak ingatan saya kepada Khaliq saya melebihi ingatan saya kepadanya.
Doa dan harapan saya kepada Allah,
andai dia jodoh yang terbaik untukku, agamaku, duniaku dan akhiratku,
Kau dekatkanlah hatinya dangan hatiku,
andai dia bukan untukku,
damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu,
dan bimbinglah aku untuk menjadi yang terbaik untuk jodohku kelak
aminn..
Semoga walau apa pun berlaku, yang termaktub di Lauh Mahfuz adalah yang terbaik Allah telah tentukan untuk hambaNya. Tiada kebetulan di dalam Islam. Segala yang berlaku adalah takdir yang hanya berubah dengan kekuasaan Allah, usaha dan doa.
Kau dekatkanlah hatinya dangan hatiku,
andai dia bukan untukku,
damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu,
dan bimbinglah aku untuk menjadi yang terbaik untuk jodohku kelak
aminn..
Semoga walau apa pun berlaku, yang termaktub di Lauh Mahfuz adalah yang terbaik Allah telah tentukan untuk hambaNya. Tiada kebetulan di dalam Islam. Segala yang berlaku adalah takdir yang hanya berubah dengan kekuasaan Allah, usaha dan doa.
No comments:
Post a Comment