Subscribe to RSS feeds

Wednesday, January 19, 2011

Fire drill & kek batik


Perkara yang sememangnya mengundang rasa sakit hati pabila sedang asyik dibuai mimpi, dikejutkan dengan ketukan pintu yang kuat beserta arahan untuk kosongkan blok. Semuanya gara-gara fire drill. Tapi, disebabkan masalah teknikal, loceng yang sepatutnya berbunyi tidak berbunyi. Seolah-olah tidak merestui hal tersebut berlaku.

Syukur dalam keadaan mamai sempat menyambar tudung dan malam tadi ditakdirkan memakai baju tidur yang sopan berbanding malam sebelumnya. Sudah 2 kali saya berhadapan dengan situasi tersebut sejak menjadi penghuni K6. Dan alhamdulillah, saya masih mampu turun dalam keadaan sempurna lengkap berhijab tidak seperti rakan-rakan yang lain. Memang lucu melihat ragam orang pada waktu tersebut.

Tengah menunggu fire warden berbicara, sempat bersembang dengan beberapa rakan rapat. Dah kalau jumpa orang yang sekepala, memang kecoh lah jadinya. Semua pakat lapar bangun tengah-tengah malam. Jadi, ada yang mencadangkan untuk makan kek batik yang saya buat beberapa hari lepas. Syukur. Rezeki mereka dapat manikmati kek batik di kala jam merangkak ke angka 3 pagi. Jadilah 'kek batik pukul 3 pagi'. Memang tak pernah dibuat orang lepas fire drill pekena kek batik beberapa potong.

Kejadian itu menjadi satu rahmat kepada saya kerana sempat qiamullail sebentar sebelum menyambung sisa tidur yang berbaki. Kalu sebelum ini memang liat sangat nak bangun di 1/3 malam terakhir, namun niat yang dipasang sebelum tidur dikabulkan Allah.

p/s: dengan niat yang baik, insyaAllah dimakbulkan. kalau tidak pun, dapat pahala atas niat yang baik itu. ape yang penting...nawaitu lillahi taala...

No comments:

Post a Comment

Followers