Subscribe to RSS feeds

Friday, July 23, 2010

dugaan + ujian hidup

kebuntuan merajai hidupku saat ini. saya terasa seperti hilang arah seketika. banyak sungguh perkara yang harus saya hadapi setelah bergelar final year student ni.

1) kena fikirkan tajuk untuk final year projek
sebenarnya sangat iri hati kepada rakan-rakan yang mendapat tajuk dengan senang-senang sahaja dari supervisor mereka. sedangkan saya ni, sudah berulang kali fikir itu dan ini, namun tidak menepati kehendak.

2) kena fikirkan untuk new product development and product launching
memeng sah macam nak tubuhkan sebuah company baru and compete for introducing new product to market. memeng syukur sangat dapat group yang kira kamceng la with each other. ini kurang sikit dari (1) coz group work.

3) kesihatan mata tidak menentu
entah kenapa mata sekarang ni sengaja menunjukkan true color nya, semakin merah. dah lama tidak bertukar warna, kini kembali lagi. tak tahu nak buat macam mana. stress barangkali. kena jumpa yang pakar, ASAP.

4) tekanan dari subjek lain
setiap subjek ada tekanan yang tersendiri. memang berdoa sahaja dapat belajar and absorb segala ilmu yang lecturers sampaikan.

semoga semua ini dapat saya harungi untuk saya abdikan diri kepada Allah dan ad-din saya. semoga juga semua ini dapat memberikan kemanisan di kemudiaan hari. saya tidak boleh mengeluh dan berputus asa, Allah dah tentukan yang terbaik untuk hambaNya jalani. ini jalan yang harus saya tempuhi. semoga dipermudahkan segala urusan. amin..

No comments:

Post a Comment

Followers