“Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dengan mas kahwin sebanyak …”
Bunyinya mudah, singkat & cepat? So, ini makna yang sebenarnya; Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa sahaja dosa yang si dia buat, dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya, aku tanggung & bukan lagi ibubapa si dia & aku tanggung semua dosa bakal anak-anak ku, jika gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka & malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah."
Sekadar renungan. Bagi sang suami, jangan ambil enteng. Tanggungjawab amatlah besar. Sang isteri pula jangan ambil mudah, patuh dan taatlah pada suami yang sentiasa menjadikan tujuan perkahwinan hanya kerana Allah. Kedua-duanya wajib melengkapkan diri dengan ilmu dunia dan akhirat beserta ilmu rumahtangga sebelum melangkah ke gerbang baitul muslim. Sesungguhnya dengan cara sedemikian pasangan Adam dan Hawa itu dapat menyempurnakan sebahagian daripada agamanya.
No comments:
Post a Comment