pejam celik-pejam celik, Ramadhan dah menjelma. rasa macam baru sahaja meninggalkan Ramadhan dahulu. syukur kepada Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang atas rahmat dan kasihNya, dapat bertemu dengan Ramadhan kali ini. mungkin ini Ramadhan terakhir ku sambut sebagai seorang mahasisiwa UPM sebelum bergraduasi nanti. almaklumlah, title sekarang 'pelajar tahun akhir'. semuanya berlaku atas takdir yang telah ditentukan olehNya.
sebenarnya saya nak berkongsi satu cerita. kisah yang benar-benar terjadi keatas saya. semester ini, saya mengambil subjek new product development. subjek ini mengkehendaki food science and technology student untuk menghasilkan product makanan baru, bertepatan dengan nama subjek itu. memang lah setiap hari jumaat masa akan dihabiskan didalam lab selama 6 jam. syukur, itu sahaja subjek yang mempunyai practical.
krim, hijau dan ungu.
memang la saya ada banyak tshirt labuh kan (sebenarnya sebaliknya). tshirt yang ada itu lah yang saya pakai untuk lab. dan telah ditakdirnya, color tshirt yang saya pakai itu sama dengan baju melayu seorang pegawai di lab. bukan satu kali sahaja sama, 3 minggu berturut-turut, hari jumaat saya pakai baju color yang sedondon dengan pegawai itu. sampaikan dah jadi bahan sakat-menyakat dek kawan-kawan sekumpulan saya. memang susah nak percaya. sampaikan takut nak pakai baju apa untuk ke lab hari jumaat.
yang pegawai itu memang lah 'seporting' tahap tak hengat. semasa kali kedua baju warna sama, dia berkata, kalau kali ketiga sama lagi, saya dan dia kira berjodohlah. tapi, bukan sebagai isteri kedua (sebab pegawai ini pangkat atuk kepada saya, lebih tua dari ayah saya). dia berseloroh nak jodohkan saya dengan anak keduanya, yang merupakan seorang tahfiz. memang la rakan-rakan saya jadikan ini sebagai modal untuk menyakat saya. malu saya dibuatnya..
sudah ditakdirkan..bukan kebetulan ek. semua yang berlaku adalah takdir. takdir hanya berubah dengan usaha, doa dan kehendak Allah sahaja...
Ramadhan, pesta ibadah..(tetibe jeh, untuk ingatkan diri saya sebenarnya)
Friday, August 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment