Subscribe to RSS feeds

Monday, June 28, 2010

sebulan di rumah..

Huh..dah lama rasanya tak post apa-apa kat blog kesayangan ni (memang lama, dekat sebulan gak). Macam-macam berlaku kat saya. Start je cuti hari tu, tolong mak jahit baju raya. Alhamdulillah, siap semuanya. Memang maraton buat semua tu. Nenek pula siap suruh buat langsir baru.. Memang tak menang tangan nak buat semuanya. Tapi, tak boleh nak tamak, coz report LI tak siap lagi. Tak apa lah, buzy pun buzy jugak, alhamdulillah duit masyuk..hehehe.

Yang paling tak boleh nak blah, cuti cousin kahwin. Special request from my uncle, dia suruh saya menjadi pengapit bagi anak dia. Memang lawak yang sampai nak terguling-guling gelak. Tak pernah terpikir pun. Redah je lah. Janji rock. Terasa macam dah nak dekat pula giliran saya ke jinjang pelamin. Memang kekok tahap tak ingat masa duk mengipas cousin hari tu.

Salah satu permintaan yang agak bernilai tinggi mak dan abah dah tunaikan. Memang rasa macam tak caya. Sekarang dari 'gadis kriss' dah bertukar ke 'gadis lagenda'..Satu perubahan yang agak ketara semenjak nak bergelar pelajar tahun akhir bachelor sains dan teknologi makanan ini. Semuanya syukur atas rahmat kurniaan dari Allah. Huhuh..tidak berapa lama lagi mahu pulang ke UPM dan bakal menyandang gelaran super senior di kolej, serta menjadi final year student. Kalau difikir-fikir balik, cuak, gelabah, gabra dan seumpama dengannya pasal 'title' tu.. What ever it is, pray for the best, and semoga dipermudahkan..

No comments:

Post a Comment

Followers