Subscribe to RSS feeds

Wednesday, May 26, 2010

bila dah besar



Bila dah besar, semua berubah. Of course. Its was so obvious. Tak payah digambarkan melalui kata-kata pun dah tergambar dek mata. Firstly, about family. Before this, during my childhood, I often quarreled with my siblings. Especially with my younger brother. Dah la the one and only brother I ever had. Sampaikan mak dah penat nak melayan karenah anak-anaknya. MoU untuk buat perjanjian damai memang tak pernah nak dimeterai. Tapi, semenjak dah besar ni, semenjak duk jauh dengan family, adik pula diterbangkan ke Kuching, rindu bertandang pula. Memamng hubungan antara ahli keluarga tak boleh terputus ibarat air yang dicencang tak kan putus. Yang tinggal kat rumah sekarang dua orang sahaja. Mak pernah kata, yang tinggal kat rumah pun dah ibarat macam 'full house'. Telatah mengalahkan orang yang beranak ramai. hahaha.. Sangat berbeza dengan dulu-dulu.

Bila dah besar, lagi banyak bebanan yang tergalas. Susahnya jadi orang basar ni. Bukan orang besar means orang kenamaan. Orang dewasa. Lagi-lagi kalau memang dilahirkan sebagai anak sulung. Bukan sahaja kepada family, study, ummah, agama, negara. All of that were included as my obligation that I have to fulfill no matter what. Seram dengan title seorang final year student. Its true I'm so excited to finish up my studies. But then, thinking about PD and FYP, uhuuu like a nightmare. Untuk berjuang di jalan Allah pula, selalu sangat hangat-hangat tahi ayam. Susahnya nak terus istiqamah. Teruknya saya. Selalu saya berdoa agar Allah bantu dan permudahkan saya untuk berkhidmat dijalanNya. Ameen..

Bila dah besar, banyak benda yang harus difikirkan. Penatnya jadi orang besar. Syukur sangat uban tidak muncul lagi. Kiranya awet muda lah ni. hehehe.. Teringat pesanan mak, ajal maut tak mengenal umur. Sekarang ni bukan sahaja orang tua yang dipanggil Allah, tapi, orang muda belia remaja pun ramai juga. Memang lah tak disangkal yang dipanggil Allah itu, maknanya Allah sayangkan dia. Fikir-fikir balik, kalau amalan setakat suam-suam kuku, cuaknya bukan main. Timbul keinsafan nak beribadat lebih (semoga boleh istiqamah). Mak cerita, ramai kawan-kawan adik yaang dah dipanggil menghadap Allah. Innalillahi wa inna ilaihurajiun.. Tak cukup dengan adik, Mak pun memanjangkan 'alunan merdunya' kepada saya. It was so blessed to have a mother like my mak. Menjadi alarm kepada saya dikala saya alpa dan leka.

p/s: diharapkan, kepada sesiapa yang dah besar tu, jangan la lupa diri, lupa dunia. kalau dah besar tu maksudnya dah nak dekatlah dengan ajal Allah. renung-renungkan dan tingkatkan amalan.

No comments:

Post a Comment

Followers