Subscribe to RSS feeds

Sunday, April 25, 2010

hijab kepala

Sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni. Baru berkesempatan hari ini. Bagi seorang yang bergelar wanita yang sudah mencapai akil baligh, sudah pasti hal demikian wajib dan tidak ada dakleh-dakleh lagi. Sepertimana firman Alllah;

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(33:59)

Sudah terang lagi bersuluh dengan spotlight besar lagi. Tapi, hakikatnya semua itu dianggap enteng saja. Memang tidak dinafikan, sekarang sudah ramai yang bertudung. Persoalannya, sempurnakah syariat bertudung ditaati oleh setiap wanita? Saya bukan nak kata yang saya seorang yang sangat sempurna. Saya juga ada kelemahan. Bagi saya, no body is perfect, except Allah.

Merujuk firman di atas, telah disyariatkan bahawa bertudung atau nama lainnya berhijab haruslah melepasi dada. Bukan setakat cukup-cukup je tutup kepala. Tapi, hal yang sebaliknya berlaku. Fashion trend sekarang hanya segelintir sahaja mengikut apa yang digariskan Islam. Selebihnya langsung tidak. Itu belum lagi yang bertudung tapi berpakaian ketat, jarang dan seumpama dengannya. Nak kata tak tahu hukum, rata-rata dah didedahkan seawal usia 7 tahun. Alasannya cukup mudah; belum sampai seru, tak dapat hidayah lagi, kubur masing-masing, banyaklah lagi.

Flashback to zaman bangku sekolah, semuanya jadi un'sangke'able. Yang dahulunya macam seorang yang baik, yang bertudung di sekolah, habis sekolah tudung dah terbang entah ke mana. Yang dahulunya gila-gila, tak ikut school rules, keluar sekolah nampak macam dah berubah. Dunia dah terbalik barangkali. Ada orang kata, tak semestinya yang bertudung itu semuanya baik. Kadang kala just hypocrite je depan orang. Bukannya cukup solat 5 waktu 24/7. Yang tak bertudung pula, walaupun satu tu dia tak laksanakan, solat dia jaga. Entah la. Kalau tak bertudung, sah-sah engkar perintah Allah.

Tak kiralah apa orang nak kata sekali pun, tudung tak up to date ke, kuno ke, yang pasti ikut syariat. Itu sudah memadai untuk menempah tiket ke syurga Allah plus may be boleh dapat syafaat dari Rasulullah. Fikir-fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment

Followers