Subscribe to RSS feeds

Saturday, March 27, 2010

gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut kelihatan..

Kisah ini diceritakan semasa saya di tingkatan 5. Alkisah..

Diceritakan ada sepasang suami isteri. Mereka hidup sentosa, bahagia, ceria dan damai (seperti yang dikisahkan di dalam fairy tales). Sehinggalah pada suatu hari, si suami mengalami kesakitan di seluruh badannya. Tatkala dia memegang kepalanya, sakit, pegang kaki, sakit, nak dipendekkan cerita, semua yang dipegangnya sakit.

Dia pun mengambil langkah selamat untuk merawatnya sebelum menjadi parah. Dengan penuh bersemangat dan gigih, dia mengembara ke seluruh ke seluruh pelusuk tempat. Namun, langsung tidak dikhabarkan tujuan pemergiaanya kepada si isteri.

"Sayang, sebenarnya abang ade masalah. Abang harus pergi ke beberapa tempat untuk mencari penyelesaian kepada masalah abang. Selama mana abang tiada di rumah, jagalah diri dan rumah kita elok-elok ye.."pesan si suami.

Isterinya, tanpa syak wasangka mengizinkan pemergian suaminya dengan rela hati.

Namun begitu, pengembaraan si suami bagi mencari penawar kepada kesakitan pada seluruh tubuhnya tidak membuahkan hasil. Jenuh dia mencari tabib terbaik, ahli perubatan tradisional juga doktor-doktor pakar, semuanya tidak menjadi. Penyakitnya juga tidak sembuh.

Setelah itu, dia pun membuat keputusan untuk pulang sahaja ke rumah dan mengkhabarkan hal tersebut kepada isterinya yang tercinta. Si isteri pun terkejut dengan kepulangan si suami yang nyata memperlihatkan air muka yang seakan-akan menanggung masalah dunia.

"Wahai abang ku sayang, kenapa dengan abang? Tidakkah abang keluar untuk menyelesaikan masalah abang? Mengapa abang pulang dengan wajah seperti itu?" soal si isteri yang begitu mengambil berat akan suaminya.

"Yang, yang, maafkan abang. Sebenarnya abang keluar untuk mencari penawar bagi kesakitan yang abang alami ni. Puas abang pergi ke semua tempat, tetapi semuanya tetap tidak dapat memberitahu punca penyakit abang ni. Abang pegang kepala, sakit, pegang kaki, sakit, pegang muka, sakit..pendek cerita, semuanya sakit" adu si suami.

Bertanya si isteri, "Kalau abang pegang sayang, sakit tak?"

"Sakit juga yang", jawabnya dengan penuh kehairanan. Masakan dia memegang isterinya, dia turut merasa sakit.

Nyata si isteri yang kaget itu bertambahlah risau. Segera dia mendapatkan suaminya dan menyuruhnya untuk segera berehat sambil dia turut memikirkan jalan yang terbaik untuk itu. Dengan izin Allah, si isteri dapat menyelesaikan persoalan tentang penyakit suaminya itu.

"Abang, mari sayang rawat penyakit abang." Diamati dan diteliti jari telunjuk suaminya, nyata terdapat luka kecil di situ. Itu lah sebenarnya punca kepada segala penyakit yang dialaminya. Lantas dirawat dan dibalut jari suaminya itu.

All in all, ketahuilah apa yang ada berhampiran dengan kita itu sebanarnya sangat arif tentang kita. Carilah orang yang terdekat dengan kita terlebih dahulu sebelum menemui orang lain.

No comments:

Post a Comment

Followers